Betul Ke ‘Gong Nekara’ Lagu Balas ‘Mambang’? Kalau Korang Belum Dengar Lagi, Sila Lah Dengar, Seram Sejuk Okay..

‘Seram sejuk’ dengar lagu ini. Kalau anda pengikut setia industri muzik tempatan, anda pasti kenal siapa Kmy Kmo ini.

Bagi anda yang tidak tahu mengenai isu ini, baru-baru ini Altimet telah mengeluarkan sebuah lagu bertajuk Mambang. Lagu ini dikatakan mempunyai senikata yang berkait rapat dengan Malique.

Selepas viral mengenai tafsiran dan senikata lirik lagu Mambang, kini muncul pula lagu dari artis bernama Kmy Kmo atau nama lainnya “Agenda” (alter ego). Agenda juga adalah ahli kumpulan Nukilan, dimana mereka ini bernaung di bawah Qarma Musiq.

Lagu Baru yang bertajuk “Gong Nekara”.

Lagu ini baharu sahaja dilancarkan dua hari lepas dah sudah mendapat tontonan hampir 60,000 views. Kali pertama mendengar lagu ini sudah dapat ‘hook’ pada irama Nusantara lagu ini; persis lagu Altimet, Mambang.

Benarkah lagu ini lagu balas untuk Mambang? Lirik pada lagu ini tersangat deep dan teknikal yang memerlukan minda yang tenang untuk menafsir setiap ayat yang disusun. Namun klue paling real adalah pada minit 3:49. Jika diambil setiap huruf di awal setiap perkataan, anda akan dapat maksud tersembunyi dalam frasa ini.

Ditujukan Untuk Altimet?

Sedari hari pertama dipertontonkan lagu ini kepada umum, terdapat beberapa teori & spekulasi yang mengatakan lagu ini merupakan serang balas terhadap lagu Mambang oleh Altimet. Seperti yang korang tahu, terdapat spekulasi mengenai lagu Mambang yang dikatakan ditujukan kepada Malique.

Netizen mengeluarkan pelbagai pendapat mengenai lagu “Gong Nekara” ini..

FOTO dari Twitter

Perhatikan penjelasan bait lagu di bawah ini.

Lirik Mambang

“Mari aku lagukan ini kiraah untuk engkau”

Di dalam bait lirik lagu Mambang ini, boleh dilihat dengan jelas, ada ejaan nama M-A-L-I-Q-U-E di dalam lirik itu. Perhatikan setiap huruf awal bagi setiap ayat. Gantikan kiraah dengan Qiraah (ejaan Arab).

Lirik Gong Nekara

“Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau”

Cuba anda perhatikan setiap huruf awal perkataan. Boleh dilihat ejaan membentuk “Altimet Kosong”

‘Seram sejuk’ Kan?

Bukan setakat di verse ini, ada netizen yang mendedahkan bait lirik-lirik di akhir lagu ini yang berbunyi:

“Bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar hanya SATU”

Lirik ini merujuk juga kepada Altimet di mana beliau pernah membuat satu kenyataan di  dalam rancangan YouTube Joe Flizzow “16 Baris” bahawa beliau adalah Alpha. Mambang pula merupakan single Altimet yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini.

Macam-macam teori dan spekulasi yang diperkatakan, tapi terserah kepada pencipta lagu itu sendiri akan maksud sebenar lagu masing-masing. Oh ya, kalau kita tengok dalam dunia Hip-Hop, sebenarnya “diss track” ni adalah perkara normal di antara rapper-rapper di seluruh dunia.

 

Ini satu lagu yang hebat. Terima kasih kepada Mambang kerana trigger pemuzik hip hop tempatan untuk hasilkan karya yang hebat seperti ini. Kita tunggu karya sang general pula selepas ini.

Nah, dengar dan nilaikan lah sendiri apa pendapat korang mengenai lagu ini:

Sumber : encikpapa | illuminasi | thevocket Olahan semula oleh Kicappedas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*