[VIDEO & KOLEKSI GAMBAR] Sekitar Majlis Aqiqah & Tahnik : Inilah Dia Siti Aafiyah Binti Khalid…Ting Ting Tang Ting! Buah Hati Ibu dan Rakyat Malaysia.. MasyaAllah Comelnye.. Jom Berikan Love Berterbangan, Komen Pupici dan Xoxo , Cuma Yang Tak Rasa Baby Aafiyah Comel Je Takkan Komen..

SITI Aafiyah menjadi pilihan nama Si Pipi Merah Yang Comel Anak Kepada Datuk Seri CTDK

“Nama anak ini saya dapat ketika menunaikan umrah tahun lalu. Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.

SITI Aafiyah menjadi pilihan nama anak pasangan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti, 39, berkata, nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.

“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” katanya.

Sementara itu, suami Siti, Khalid, 59, berkata, pemilihan nama anak mereka lebih ringkas, indah dan mudah diingati dalam setiap doa.

“Pilihan nama anak berdasarkan satu doa Rasulullah SAW yang mengajar bapa saudaranya. Apabila Abbas bertanya apakah doa terbaik dibaca, Rasulullah SAW berikan ayat berkenaan.

“Dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam ‘afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah, untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam ‘afiyah.

“Daripada situ saya menamakan anak saya. Dalam masa sama nama ini ringkas dan mudah diingati. Malah dalam setiap doa kita menyebut nama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Bersempena hari ketujuh kelahiran anak pasangan itu, Siti turut mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri.

Sebelum itu, pada sebelah petang Siti

berkongsi wajah anak perempuannya di laman Facebook dan Instagram.

Video berdurasi 57 saat yang memaparkan wajah anak Siti itu ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh tiga jam.

Siti selamat bersalin bayi seberat 3.55 kg secara pembedahan, Isnin lalu dan ketika itu Siti dan suami menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

[VIDEO & KOLEKSI GAMBAR] Sekitar Majlis Aqiqah & Tahnik : Inilah Dia Siti Aafiyah Binti Khalid…Ting Ting Tang Ting! Buah Hati Ibu dan Rakyat Malaysia.. MasyaAllah Comelnye.. Jom Berikan Love Berterbangan, Komen Pupici dan Xoxo , Cuma Yang Tak Rasa Baby Aafiyah Comel Je Takkan Komen..

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan janji dengan memaparkan wajah puterinya di Instagram milik beliau sebentar tadi.

Manakala pada malam ini pula, Datuk Siti dan suami telah mengumumkan nama sebenar Fatimah Az Zahra yang digunakan dalam seminggu ini dalam satu majlis rasmi Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik yang dilakukan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Pada hari ke 7 anakanda Dato K dan Dato CT telah meraikan dalam Majlis Maulid , Aqiqah Dan Tahnik..

Jom Kita Tengok.. Cantik dan Comel..

Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and close-up

Image may contain: 1 person, sleeping and baby

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Image may contain: 7 people, people standing and wedding

Image may contain: 11 people, wedding

Image may contain: 6 people, people standing and wedding

Image may contain: 4 people

Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and close-up

Image may contain: 1 person, baby and wedding

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and wedding

Image may contain: 2 people, people sitting and baby

Image may contain: 2 people

Image may contain: 1 person

Image may contain: one or more people, people sleeping and baby

VIDEO

Sumber dan Kredit : halamanummi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*