REMAJA 14 TAHUN MENGAKU LAKUKAN HUBUNGAN S3KS DENGAN RAMAI LELAKI. TETAPI LELAKI TERAKHIR ITU…

MELAKA: Seorang remaja perempuan di sini mengaku telah melakukan hubungan s3ks dengan ramai lelaki di sekolah, rumah dan beberapa lokasi lain tahun lalu.

Kegiatan tidak bermoral pelajar Tingkatan Dua itu terbongkar apabila salah seorang rakan sekelasnya mendedahkan perkara itu kepada guru kaunseling.

Pada Rabu, guru berkenaan bertindak menyoal pelajar berusia 14 tahun itu.

Hasilnya, pelajar itu mengaku telah melakukan hubungan seks sejak Tingkatan Satu dengan beberapa lelaki di pelbagai lokasi termasuk di kelas, bawah tangga, bilik solat, rumah terbiar dan juga kediamannya.

Pelajar perempuan itu juga mengaku ia berlaku atas kerelaan dan persetujuan kedua pihak, malahan dia tidak pernah meminta wang selepas melakukan hubungan seks itu.

Selain rakan lelaki sekolah sama, pelajar itu mengakui pernah tidur dengan beberapa pelajar lelaki dari dua sekolah menengah dan lelaki lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pelajar berkenaan telah dipindahkan ke sekolah di Ayer Keroh pada Jun 2016 kerana masalah disiplin.

“Sebaik mendapat maklumat terperinci mengenai kegiatan seksual pelajar itu, guru berkenaan telah membawa pelajar itu untuk membuat laporan polis,” katanya.

Pada Jumaat, polis telah menahan 11 pelajar sekolah berusia antara 13 dan 16 tahun dari tiga sekolah menengah dan dua lagi suspek berusia 21 tahun.

Semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan persetubuhan di luar aturan tabii.

“Pelajar perempuan itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani ujian kesihatan dan seterusnya disarankan supaya melalui penilaian psikiatrik.

“Kami akan melengkapkan siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pelajar Senior R#g#l Rakan Sekolah Dalam Bilik Stor

MELAKA: Dua pelajar senior didakwa mer#g#l pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini.

Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa.

Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum mer#g#lnya.

Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan.

Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua.

Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dir#g#l.

Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya.

Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu membenarkan perbuatan seksual tersebut.

Satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan r#g#l statutori,” katanya.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku.

“Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan,” katanya.

Suami Paksa Isteri Hamil Bersetubuh Dengan Pekerja Bangladesh

PETALING JAYA: Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan s3ks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu s3ks#alnya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya.

“Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.

“Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan s3ks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.

“Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan s3ks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.

“Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai,” katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan s3ks dengannya.

Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.

Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan.

“Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan,” kata Ali.

Kes ini diklasifikasikan sebagai r#g#l di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*