“Ada Tiga Orang Punyai Kata Laluan Instagram” – Zul Ariffin

Zul ARRIFIN tidak kisah peminat “FANTASI” gambar “kem4lu4n” yang didakwa miliknya

KUALA LUMPUR – Pelakon Zul Ariffin tidak mengambil pusing mengenai gambar 4l4t sulit yang didakwa miliknya seperti yang disebarkan oleh pengguna media sosial baru-baru ini.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 32, berkata, dia juga tidak melarang jika ada antara peminat yang berhasrat untuk menyimpan gambar tersebut.

“Saya sedar bahawa gambar tersebut telah tular sejak beberapa hari lalu.

“Jadi, kalau nak simpan, mereka boleh simpan. Bagaimanapun, pada pendapat saya, gambar tersebut tetap tidak elok,” 

katanya ringkas ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen PrimaValet yang diadakan di Hotel Majestic di sini semalam.

“Entah, saya tak mahu tuduh sesiapa tapi kebarangkaliannya ada. Apapun, saya sudah ‘move on’ (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja,” katanya.

Zul tidak menolak kemungkinan gambar itu dibuat naik oleh individu yang rapat dengannya kerana mahu mensabotaj kariernya sebagai anak seni. Bagaimanapun dia tidak mahu menuduh sesiapa. Bagi Zul, dia tidak mahu memikirkan hal itu dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya.

Dalam pada itu, pelakon filem J Revolusi itu sedar yang khalayak mula memandangnya dengan pandangan serong sejak isu alat sulit tersebut diperkatakan.

“Tidak dinafikan yang khalayak mula memandang sinis terhadap saya.

“Tapi saya okey sahaja,” katanya lagi.

Menafikan gambar tersebut miliknya, ia bagaimanapun dipadam selepas dua minit diterbitkan dan Zul mendakwa akaunnya telah digodam.

Terdahulu, Zul menafikan gambar alat sulit yang dimuat naik di Instagramnya itu adalah miliknya. Malah menegaskan dia tidak tergamak membuat kerja gila seperti itu untuk merosakkan imejnya.

Zul juga mendedahkan akaun Instagramnya pernah cuba digodam beberapa kali sebelum ini. Namun dengan bantuan kelab peminatnya, dia berjaya mendapatkan kembali akaun Instagramnya.

Sumber : Kosmo

Kisah Sebelum Itu..

Ada Tiga Orang Punyai Kata Laluan Instagram Zul Ariffin

Zul Ariffin menjelaskan tidak lebih tiga individu memiliki kata laluan untuk akaun Instagram peribadinya.

Bagaimanapun, katanya, tiga individu tersebut tidak termasuk bekas kekasihnya iaitu pelakon Zahirah MacWilson.

“Saya berkongsi kata laluan dengan tidak lebih daripada tiga individu yang saya percayai dan mereka perlu ada kata laluan IG saya untuk membantu jika berlaku perkara tidak diingini.

“Akaun saya bukan kali pertama digodam tetapi sudah berkali-kali. Tapi dia (Zahirah) tidak ada kata laluan saya,” ujarnya kepada mStar Online, pada Rabu.

Zul ditemui selepas majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Primavallet yang diadakan di Hotel Majestic di sini, pada Rabu.

Awal minggu lalu Instagram pelakon filem J Revolusi itu dipeercayai digodam individu tidak bertanggungjawab yang memuat naik foto alat sulit lelaki.

Namun, foto tersebut dipadam dalam tempoh dua minit selepas ia dikongsi kepada umum.

Zul menambah, dia akan lebih berhati-hati dan akan kerap menukar kata laluan media sosialnya bagi mengelakkan perkara seperti itu berulang kembali.

“Sedikit sebanyak perkara ini buat saya dipandang serong masyarakat, saya belajar dan lepas ni kena selalu tukar kata laluan,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon yang baharu sahaja mengumumkan putus cinta ini mengakui kehidupannya kini lebih gembira.

Katanya, dia bebas bergandingan dengan siapa sahaja tanpa meminta izin daripada pihak berkenaan bagi menjaga hati.

“Gembira, ya sangat gembira sekarang. Saya inginkan masa untuk diri saya sendiri. Tiada apa yang ingin difikirkan hanya kerja dan menyibukkan diri.

“Saya juga tidak perlu minta kebenaran untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*