[PRU 14] Kemenangan Pertama Barisan Nasional, Menang Tanpa Bertanding

REMBAU: Kemenangan pertama Pilihan Raya Umum Ke-14 menjadi milik Barisan Nasional.

Barisan Nasional (BN) peroleh kemenangan pertama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding. Ia selepas satu-satunya pencabarnya, Dr. S.Streram dari PKR yang mewakili Pakatan Harapan gagal menghantar pencalonan kerana tidak mempunyai pas khas pencalonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya P.131 Rembau, Amino Agos Suyub dalam satu pengumuman berasingan tidak berapa lama selepas mengumumkan senarai calon-calon lain yang disahkan layak bertanding di Dewan Seri Rembau sebentar tadi.

Mohamad menyandang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sejak 2004.

Pada PRU13, beliau berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau selepas mengalahkan pencabar terdekat, Aisah Lamsah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 4,613 undi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memperoleh sejumlah 10,126 undi di kerusi tersebut pada pilihan raya lalu.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah akan cuba mempertahankan kerusi Parlimen Rembau daripada dua pencabar lain, iaitu Roseli Abd Ghani dari PKR (PH) dan Musafa Dolah (Pas).

Berikut senarai sah calon yang bakal bertanding bagi tiga lagi DUN di bawah Parlimen Rembau:

N.25 ParoiBN – Ghazali Abd Wahid (penyandang)

PH – Mohamad Taufek Abd Ghani (Amanah)

Pas – Masita Mohamed Ali

N.26 Chembong

BN – Datuk Zaifulbahri Idris (penyandang)

PH – Azizan Marzuki (PPBM)

Pas – Rosmin AdamN.26 Kota

BN – Datuk Dr Awaluddin Said (penyandang)

PH – Shahrizal Masrudin (Amanah)

Pas – Ishak Omar

Sumber : Astro Awani via matbawang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*