Wanita Hamil Ini Pergi Ke Zoo. Disaat Dia Dekatkan Perutnya Pada Harimau Itu. Sangat Mengejutkan Apabila Harimau Itu…

Haiwan sering menunjukkan bukti bahawa mereka mempunyai gerak hati yang lebih kuat berbanding manusia.

Mereka dapat merasakan sesuatu akan berlaku sebelum mereka dapat melihatnya dan mereka juga dikurniakan kelebihan untuk melihat apa yang tidak mampu dilihat oleh mata manusia.

Hal ini berlaku ketika seorang wanita mengandung berada di sebuah zoo dan telah mendekati seekor harimau yang berada di dalam kandang kaca.

Natasha merupakan bakal seorang ibu dengan kandungan yang berusia 27 minggu ketika dia melawat sebuah zoo bersama temannya. Dia tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama haiwan-haiwan dan tidak terkecuali harimau. Beraninya!

Ketika Natasha mengambil gambar swafoto dengan harimau sambil duduk di tepi dinding kaca kandang, kelihatan harimau itu cuba untuk mendekatinya dengan penuh minat.

Temannya mencadangkan supaya dia berdiri dekat dengan kandang kaca. Tertarik dengan cadangan itu, Natasha berdiri di atas tebing dinding itu dan harimau itu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Nak tahu apa yang dilakukan oleh harimau itu? Mari lihat…

Kelihatan harimau itu mendekati Natasha dengan penuh minat menyebabkan dia tertanya-tanya mengapa harimau itu berkelakuan demikian.

Apabila Natasha berdiri di atas tebing dinding dan menghadapkan perutnya ke arah dinding kaca, harimau itu dilihat seolah-olah mencium perut Natasha.

Natasha menyelak sedikit baju luarnya untuk menunjukkan perutnya dan…. lihatlah harimau itu! Ia mendekatkan pipinya pada perut Natasha! Detik manis itu sungguh mengharukan.

Tonton video ini untuk melihat sendiri aksi harimau yang suka kepada wanita mengandung seperti Natasha. Pasti rakaman singkat ini akan menjadi kenangan buat Natasha dan mungkin akan disimpan untuk tontonan anaknya apabila dia besar nanti.

Kredit : Era Baru / mediahijrah via medialetop

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*