PM Tun Mahathir Umum Mansuhkan BR1M, Dan Digantikan Dengan Sesuatu Yang Besar Buat Rakyat Semua.

Bayaran khas penjawat awam RM400, RM200 dibayar 6 Jun

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

“6 Jun (akan dibayar),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet kedua di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Dalam sidang media itu Dr Mahathir turut mengumumkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu.

“Memang berbeza, memang berbeza,” katanya apabila ditanya mengenai perbezaan antara bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan dan BR1M.

Dr Mahathir turut mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Mulai 1 Jun pula, GST berkadar sifar akan dikuatkuasakan, katanya.

– Bernama

PM umum tabung derma rakyat bayar hutang negara

Perdana menteri mengumumkan pembentukan tabung khas bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara.

“Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen Langkawi berkata, ramai rakyat tahu berkaitan kedudukan kewangan negara yang “begitu buruk” dan sanggup menderma kepada kerajaan.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan.

“Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan,” katanya.

Mahathir sebelum ini mengumumkan hutang negara telah mencecah RM1 trilion.

Pemimpin kerajaan turut menyalahkan pentadbiran lama yang didakwa terlalu bergantung kepada China dan terpalit dalam skandal 1MDB.

Sumber : Freemalaysiatoday

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*