Tun Mahathir Tersasul Ketika Beri Ucapan Tentang Tol Dan TPM Wan Azizah Betulkan Perdana Menteri

LAGI BERITA BAIK MENJELANG AIDILFITRI DARI KERAJAAN BARU PAKATAN HARAPAN

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media sebentar tadi telah mengumumkan kakitangan awam bergred 41 ke bawah dan pesara akan menerima imbuhan raya.

Bagi pegawai kerajaan gred 41 ke bawah, mereka akan menerima bantuan imbuhan raya sebanyak RM400 dan pesara akan menerima imbuhan sebanyak RM200.

Tun Mahathir dalam kenyataan itu juga menyatakan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula September ini bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan bermula 1 Jun 2018.

Dalam sidang media itu juga, Perdana Menteri Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan, tetapi namanya diganti kepada Bantuan Sara Hidup dan akan dibayar pada 6 Jun 2018.

Selain itu, berita baik yang diumumkan oleh Tun M ialah, kadar tol akan diberi diskaun sebanyak 50% dua hari sebelum raya, ini bermakna sesiapa yang menggunakan tol pada 13 dan 14 Jun 2018, mereka akan menikmati kadar tol murah 50% daripada biasa.

Untuk harga petrol pula, kerajaan mengumumkan bahawa harga RON95 dan Diesel akan kekal manakala RON97 akan diapungkan, ini bermakna harga RON97 akan berubah-ubah seperti sebelum ini mengikut harga minyak dunia.

Sumber : SIAKAP KELI

TUN MAHATHIR TERSASUL

Ketika Perdana Menteri Malaysia ke-7 beri ucapan mengenai tol untuk Aidilfitri, beliau pada mulanya mengumumkan tol untuk Aidilfitri adalah percuma. Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah kemudiannya membetulkan ayat Perdana Menteri jadi dari tol percuma naik kepada 5% dan lagi sekali ayat Tun Mahathir dibetulkan oleh Wan Azizah dan akhirnya Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad betulkan lagi sekali ayat beliau bahawa tol bukan percuma atau 5% tetapi diskaun 50% untuk 2 hari sebelum Aidilfitri.

Kejadian tersebut membuat suasana tetiba menjadi ceria kerana dengan gaya bersahaja Tun Mahathir berucap. Ada segelintir yang memberi komen kenapa beliau sekarang selalu tersasul. Diingatkan bahawa, Tun Mahathir berusia 92 tahun. Kejadian tersasul ini biasa untuk orang usia seperti beliau tetapi kerja beliau tidak pernah berhenti dan apa yang beliau sumbangkan kepada negara masih lagi berterusan. – Kuala Lumpur Viral

Sila Lihat Video Di Bawah

Ini bukan kali pertama Tun Mahathir tersasul

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*