Bekas Perdana Menteri Najib Razak Meletakkan Jawatan Selepas Menteri Kewangan Memberi Cadangan Letak Jawatan Kepada Beliau

Menteri saran Najib letak jawatan Khazanah

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberikan bayangan bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemegang jawatan lantikan politik dalam lembaga pengarah Khazanah Nasional.

“Sangat sesuai dan wajar buat mereka melakukan perkara yang betul, mereka harus tahu apa yang perlu dilakukan.

“Semakin cepat semakin baik,” kata Lim dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan jika beliau akan membuang kakitangan lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang masih terus menjawat ahli lembaga pengarah Khazanah.

Memetik beberapa sumber, perkara ini dilaporkan The Malaysian Reserve.

Laporan itu berkata ketiga-tiga mereka akan kekal dalam lembaga pengarah sehingga seorang pengerusi baru dilantik.

Irwan Serigar setakat ini sudah meletak jawatan daripada jawatannya di Tabung Haji dan Bank Negara

SUMBER : MALAYSIA KINI

Peletakan jawatan Najib berkuatkuasa 31 Mei 2018.

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional hari ini mengumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat pelaburan tersebut.

Susulan itu, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga telah meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional, berkuatkuasa 30 Mei 2018.

Awal minggu lepas, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional pada 23 Mei 2018.

Antara Lembaga Pengarah yang masih kekal di Khazanah termasuk Datuk Seri Nazir Razak dan Tan Sri Md Nor Md Yusof.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar juga masih kekal di Lembaga Pengarah syarikat itu.

SUMBER: ASTRO AWANI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*