Jamal Yunos Dikatakan Sudah Lari Keluar Negara Jiran. Negara Mana Yang Jamal Menyorok

Polis mahu meletakkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam senarai hitam imigresen di tengah-tengah desas-desus beliau meninggalkan negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat dipetik New Straits Times sebagai berkata pihak polis sedang berusaha untuk menyenarai-hitamkan Jamal daripada perjalanan ke luar negara.

LARI KE INDONESIA?

Hal ini diumumkan ketika Sin Chew Daily melaporkan Jamal telah pergi ke Indonesia.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut Fadzil enggan mengesahkan desas-desus tersebut tetapi menegaskan pihak polis melakukan yang terbaik untuk mengesan Jamal.

BELUM BLACKLIST?

Pada ketika berita ini ditulis, pemeriksaan di pengkalan data Jabatan Imigresen mendapati Jamal belum disenarai-hitamkan.

Pada Jumaat minggu lalu, Jamal dituduh mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas beliau memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri Selangor.

Jamal juga disiasat di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Jamal didakwa semasa menerima rawatan sakit belakang di hospital pakar KPJ Ampang.

Bagaimanapun, beliau hilang dari hospital sebelum proses ikat jaminnya selesai.

Pemimpin ‘gerakan baju merah’ itu kemudian muncul semula dan menafikan beliau melarikan diri daripada tahanan polis.

Jamal mendakwa telah pergi ke bangunan Lembaga Tabung Haji untuk mengeluarkan wang bagi membiayai perbelanjaan kesnya.

Berdasarkan kenyataannya pada Selasa lalu, Jamal berjanji akan menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya pada hari berikutnya.

Bagaimanapun, Jamal tidak muncul pada Rabu lalu tetapi sebaliknya keluar sebuah video memaparkan Jamal di dalam ladang sawit yang tidak dipastikan lokasinya.

Dalam video itu, Jamal berkata beliau risau dengan keselamatannya.

SUMBER : MALAYSIA KINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*