Tabung Harapan Malaysia Dikecam Teruk. Ustaz Rozaimi Ramle Beri 2 Sebab Kenapa Ada Netizen Tidak Puas Hati

Selepas sehari, dana Tabung Harapan Malaysia sudah ada RM7 juta

Selepas sehari penubuhannya, dana keseluruhan Tabung Harapan Malaysia kini sudah mencecah lebih RM7 juta.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berasa terharu dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas semangat yang ditunjukkan melalui derma tersebut.

“Setakat 3 petang hari ini, dana yang terkumpul adalah RM7,075,508.79.

“Kita akan mengumumkan dana yang terkumpul setiap hari pada jam 3 petang melalui laman web Kementerian Kewangan,” kata Guan Eng.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang menderma kepada tabung tersebut layak untuk mendapat penolakan cukai.

“Oleh itu, sila simpan resit bagi tujuan tersebut,” pesan beliau.

Apabila ditanya tentang apa yang bakal dilakukan kerajaan dengan dana yang terkumpul, Guan Eng berkata keseluruhan dana yang terkumpul akan dilakukan bagi menurunkan hutang negara.

“Dana ini tidak akan digunakan bagi kegunaan lain kecuali dengan membayar hutang negara,” kata Guan Eng dalam satu sidang media di Kementerian Kewangan hari ini. SUMBER – ASTRO AWANI

Apa Kata Ustaz Rozaimi Ramle Tentang Tabung Harapan Malaysia?

Dipetik daripada facebook rasmi. Beliau menyatakan tentang ramai netizen tidak berpuas hati dengan kewujudan tabung harapan malaysia yang ditubuhkan untuk mengurangkan hutang negara yang banyak. Rakyat tidak sepatutnya membayar hutang negara tetapi harus diselesaikan oleh kerajaan sendiri. Ini kata kata Ustaz.

Kelihatannya ada yang seakan marah dan tidak berpuas hati apabila Tabung Harapan Malaysia dilancarkan.

Saya membaca kenyataan media berkaitan isu terbabit. Tidak nampak pula ada ayat yang menunjukkan kerajaan mewajibkan setiap rakyat melakukan sumbangan.

Mereka yang tidak berpuas hati ini mungkin salah satu daripada 2:

1. Sakit hati sebab sumbangan itu tidak diwajibkan. Mereka suka menyumbang pada perkata wajib.

2. Sakit hati melihat orang lain melakukan sumbangan untuk negara.

Jika ada sebesar zarah perasaan cinta negara, saya kira kita sepatutnya berterima kasih kepada rakyat yang menyumbang.

Dr Rozaimi Ramle

 

Sumber: Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

Sumber: Kualalumpur Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*