Rakyat Perlu Berhenti Tuduh Rosmah Kerana Dia Tiada Kaitan Dengan 1MDB – Peguam

Mereka berkata Rosmah tidak mempengaruhi sebarang keputusan eksekutif yang dibuat dalam 1MDB.

Geethan Ram Vincent (kiri) dan K Kumaraendran. (Gambar Bernama)
Peguam Rosmah berkata dakwaan terhadap isteri bekas perdana menteri itu hanyalah gembar-gembur media, diburukkan lagi dengan pendapat masyarakat awam. (Gambar Kredit Reuters)

PETALING JAYA: Mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor secara langsung kepada 1MDB dan membuat tuduhan terhadapnya ialah cubaan mempengaruhi keputusan siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat milik kerajaan itu, kata para peguam Rosmah hari ini.

Paling buruk, cubaan itu cuba mencemarkan imej Rosmah, kata peguam, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent dalam kenyataan bagi pihak anak guam mereka

“Kita sudah mengambil perhatian berkenaan perkara yang dilaporkan dalam Wall Street Journal (WSJ), sambil memetik sumber, yang mendakwa Rosmah Mansor orang utama dalam tuduhan salah laku kewangan melibatkan 1MDB.

“Kami mahu menegaskan semula di sini, anak guam kami tiada kaitan atau peranan langsung atau tidak langsung dengan operasi harian syarikat itu, lebih-lebih lagi pengurusan kewangannya, atau dengan mereka yang dilantik menyelia firma itu,” kata kenyataan itu.

Mereka berkata Rosmah selaku isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak campur tangan dalam hal-hal yang diuruskan Najib.

“Pada bila-bila masa sekali pun, Rosmah tidak pernah mempengaruhi hasil keputusan eksekutif yang dibuat.

“Kami berpendapat ini hanya digembar-gemburkan media, diburukkan lagi oleh pendapat masyarakat awam.”

Para peguam itu berkata Rosmah akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menyiasat perkara itu. – (Sumber: Freemalaysiatoday)

Rosmah jawab WSJ: Tak pengaruh Najib, tiada kaitan 1MDB

Peguam Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent mengeluarkan kenyataan bagi pihak isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor sebagai menjawab dakwaan terbaru dalam laporan Wall Street Journal (WSJ).

Para peguam berkata anak guamnya Rosmah tidak ada kaitan dengan syarikat pelaburan dana negara, 1MDB.

“Kami telah meneliti perkara-perkara yang dilaporkan dalam Wall Street Journal (WSJ), yang memetik sumber, yang mendakwa bahawa Datin Seri Rosmah merupakan individu utama dalam dakwaan penyelewengan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami ingin ulangi di sini, bahawa anak guam kami tidak mempunyai kaitan, ataupun berperanan secara langsung dan tidak langsung dengan operasi harian syarikat tersebut, lebih-lebih lagi pengurusan kewangannya, atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma itu,” kata kenyataan itu.

Peguam itu juga berkata sebagai isteri kepada perdana menteri pada waktu itu, Rosmah tidak terlibat dengan keputusan yang dibuat Najib.

‘Merosakan imej Datin Seri’

“Selaku isteri seorang perdana menteri pada ketika itu, Datin Seri Rosmah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditangani oleh Datuk Seri Najib Razak, dan tidak pernah Datik Seri pada bila-bila masa pun mempengaruhi apa juga keputusan yang dibuat pihak eksekutif.

“Oleh itu, dengan menghubungkan Datin Seri Rosmah terus kepada 1MDB, dan menimbulkan tuduhan terhadapnya, kami bimbang ianya suatu usaha untuk mempengaruhi hasil siasatan yang sedang dijalankan dan paling teruk untuk merosakkan imej Datin Seri Rosmah.

“Datin Seri Rosmah Mansor akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan yang menyiasat perkara ini,” maklum kenyataan itu lagi.

Laporan terbaru WSJ memetik sumber-sumbernya menggambarkan Rosmah sebagai kuasa sebenar di belakang pentadbiran Najib.

Laporan itu memaparkannya sebagai “wanita pertama yang kuat” yang mana pendapatnya sering menguasai “Najib yang kurang tegas” dan mereka kekal sebagai “pasangan setia”. – (Sumber: Malaysiakini)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*