Wartawan berkampung lagi di rumah Najib kerana bakal di tangkap.. Tapi ini yang berlaku, Mengejutkan!

Desas desus dan rumors yang mengatakan bekas perdana menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak akan ditangkap begitu cepat tersebar luas dan ini membuatkan ramai wartawan berhimpun malah berkampung di kawasan perkarangan rumah Dato seri malam tadi.

Sejak 6 petang semalam berita ini menjadi heboh. Walaubagaimanapun didapati Dato seri Najib memang tiada dirumah.

Adakah ini satu khabar angin atau cuma fitnah.?

Memang menjadi sensasi dan ternanti nanti akan penangkapan beliau malah ramai natizen tidak sabar untuk mendapat keputusan terhadap pelbagai tuduhan yang kian dilemparkan kepada beliau semenjak kekalahan parti BN pimpinan beliau.

Dato’ Seri Najib Tun Razak menghadapai pelbagai kaitan terhadap skandal kewangan terbesar negara dan melibatkan banyak negara didunia.

Seluruh dunia sekarang memang tertumpu kepada skandal ini dan juga beliau sekeluarga. Selain itu rakyat juga tidak sabar ingin mengetahui hal sebenar tentang salah guna kuasa yang beliau lakukan semasa memegang tampuk pemerintahan negara.

Pelbagai transaksi wang kedalam akaun peribadi dan jumlah harta yang tinggi juga antara kes yang dikaitkan dengan beliau. Ini bukan sahaja melibatkan beliau seorang malah isteri beliau iaitu Datin Seri Rosmah Mansur juga dikatakan mempunyai kaitan kuat dengan tindak tanduk beliau.

Walaubagaimanapun, Dato Seri Najib masih mampu bertenang dengan semua tuduhan terhadapnya dan sebaagi rakyat kita janganlah percaya dengan khabar angin dan fitnah. Wasalam

Sila tonton video:

MENGEJUTKAN! TIBA-TIBA ROSMAH NAIK ANGIN BERKATA, “SAYA PENYABAR TAPI JANGAN MELAMPAUI BATAS” SEHINGGA SAMPAIKAN DATIN ROSMAH BERKATA INI KEPADA NAJIB

Wartawan berkampung lagi di rumah Najib kerana bakal di tangkap. Tapi tak ada apapun berlaku..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mungkin dipuji oleh ramai orang kerana kesabaran beliau, satu sifat yang beliau sendiri akui dimilikinya.

Tetapi di bawah semua kesabaran dan sifat toleransi yang dikatakan itu, Najib mengakui bahawa beliau juga ada hadnya dan akan bertindak kalau ia melampaui batas.

Bercakap di majlis memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Najib menjelaskan bahawa keupayaannya untuk meneruskan kerjanya dalam politik mungkin disebabkan oleh sifat kesabarannya.“Tetapi saya nak bagitau, saya penyabar tetapi ada had juga.

“Jangan fikir boleh buat sesuka hati. Jangan fikir saya tak akan bertindak kalau melampaui batas,” katanya di majlis itu anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87).

Najib menegaskan bahawa apabila beliau bertindak, “ia mestilah berdasarkan kepada fakta, parti dan kerajaan”.Walaupun tidak menyebut sebarang nama, tetapi beliau dengan jelas merujuk kepada pengkritiknya dalam Umno.

Selepas kritikan semakin meningkat terhadap pengendalian Najib dalam krisis 1MDB, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal telah dipecat daripada jawatan masing-masing pada tahun lepas.

Manakala bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri kerana kritikan yang sama terhadap Najib.

Manakala Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), pula sedang menunggu tindakan disiplin daripada parti kerana mendesak pengunduran Najib.

Sementara itu, Najib berkata kalau hendak menegur, ada tempat dan caranya untuk berbuat demikian.“Jangan tegur merosakkan parti. Dah lah cukup dengan musuh di luar.“Jangan pula ada musuh dalam selimut, musuh dalam seluar lagi teruk,” katanya.

Najib juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah cuba untuk “menjatuhkan” sesiapa semasa pemilihan parti.“Bila ada kekosongan baru tawarkan diri untuk bertanding.”

Najib juga berkata bahawa beliau tidak pernah membeli undi untuk mendapatkan sokongan ahli parti.“Kalau tak percaya, tanyalah (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau adalah setiausaha politik saya pada tahun 1986,” kata Najib.

Mengambil contoh pemilihan parti pada tahun 1993, Najib berkata terdapat mereka dari pasukan Wawasan yang cuba untuk berbuat demikian dan pada hari ini cuba menunjukkan “moral yang tinggi”.Katanya, beliau diberitahu oleh Allahyarham Datuk Jamaluddin Jarjis mengenai apa yang berlaku.

“Saya punya jawapan, Allahyarham Tun Abdul Razak bina parti Umno, saya takkan jadi anak yang merosakkan parti,” katanya.

Team Wawasan diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi jawatan timbalan presiden tanpa bertanding.

Pasukan itu juga terdiri daripada Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Ketiga-tiga mereka kemudiannya memenangi jawatan naib presiden parti. – Mkini

sumber: infodonia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*