Jangan terkejut! Sirul kirim surat pada Mahathir siapa pembunuh Altantuya Shariibuu

*video sekadar hiasan baca artikel penuh sumber dari freemlaysiatoday

Jangan terkejut! Sirul kirim surat pada Mahathir siapa pembunuh Altantuya Shariibuu | PETALING JAYA: Bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shariibuu pada 2006 mengutuskan surat peribadi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menemuinya di Villawood Detention Centre, Sidney bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui isi kandungan surat tersebut.

“Surat peribadi tersebut diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan kepada perdana menteri apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata Sirul kelihatan sihat dan tenang walaupun hampir 5 tahun berada di kem tahanan tersebut.

“Perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam setengah.

Surat yang dikirimkan Sirul Azhar Umar kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“InsyaAllah, saya amat yakin kebenaran kes pembunuhan Altantuya Shaariibu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya,” katanya.

Beliau yang juga “orang kuat” Dr Mahathir berkata Sirul membayangkan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam penyiasatan pembunuhan Altantuya kerana yakin dengan institusi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan telus dan profesional.

“Sirul kelihatan amat bersemangat dan tidak lagi dibelenggu sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan sistem perundangan baharu di Malaysia yang diterajui PH yang mampu membela kalangan yang teraniaya.”

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan bekas ketua inspektor, Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya, 28, di sebuah hutan di pinggir Kuala Lumpur pada Oktober 2006 dengan badannya diletup menggunakan bahan letupan gred tentera.

Sirul kemudiannya melarikan diri ke Australia dan sehingga kini berada dalam tahanan negara itu. Beliau sebelum ini mendakwa diarahkan “orang penting” untuk membunuh Altantuya pada 2006.

Kerajaan Australia enggan mengekstradisi beliau ke Malaysia kerana bertentangan dasar negara itu yang membantah hukuman mati ke atas pesalah jenayah berat.

Manakala Azilah pula sedang menanti hukuman mati di Penjara Kajang, sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup. – (Sumber: freemalaysiatoday)

TERKINI : “Sirul Balik Jadi Saksi! Malaysia Perlu Ubah Undang-Undang” – Wan Azizah

Undang-undang berkaitan hukuman mati perlu diubah ekstradisi rakyat Malaysia yang berada di Australia.

BANGI – Usaha membawa balik pesalah  Malaysia yang berada di Australia boleh dimudahkan dengan mengubah undang-undang negara berkaitan dengan hukuman gantung, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Tambahnya, proses untuk membawa balik mana-mana pesalah dari negara ini juga perlu seiring dengan undang-undang negara luar khususnya yang tidak menetapkan hukuman mati.

Beliau berkata demikian merujuk kepada usaha kerajaan untuk membawa balik bekas anggota polis iaitu Koperal Sirul Azhar Umar dari Australia. 

“Australia tidak boleh mengekstradisi banduan sebab Malaysia ada hukuman mati itu boleh dibincangkan tetapi kita kena ubah undang-undang negara,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis pelancaran Eduwaqf di sini hari ini.

Mengulas lanjut,  Wan Azizah berkata, keputusan menangguhkan hukuman kepada 17 pesalah dalam negara seiring dengan keperluan untuk membawa balik Sirul untuk menafi saksi kes pembunuhan Altantuya Shaaribu. 

Sirul melarikan diri dari Malaysia selepas dijatuhi hukuman mati pada tahun 2009 kerana membunuh Altantuya kini dalam tahanan Australia.

Dia sebelum ini mendakwa diarahkan ‘orang penting’ untuk membunuh Model Mongolia itu pada 2006.

Kerajaan Australia enggan mengekstradisi dirinya ke Malaysia kerana ia bertentangan dasar negara itu yang membantah hukuman mati ke atas pesalah jenayah berat.

Tambah beliau penangguhan tersebut merupakan perkara yang menjadi perbincangan dalam mesyuarat jemaah kabinet baru-baru ini, apabila kerajaan persekutuan yang baharu meneruskan penangguhan hukuman mati seperti yang kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan terdahulu. 

“Dulu BN tunda kami pun tunda hukuman itu mereka. 

“Hukuman gantung mati ini ditangguhkan kerana ini bertepatan kalau kita nak saudara Sirul balik ke Malaysia untuk menjadi saksi dan juga dikatakan sebab Australia tidak boleh ekstradisi sebab hukuman mati di Malaysia yang digunakan,”jelasnya. 

Terbaru dikatakan Sirul mengutuskan sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, isi kandungan surat tersebut masih menjadi tanda tanya kerana ia masih belum sampai ke tangan Mahathir.- (Sumber:MalaysiaGazette)

Olahan Semula Kicappedas Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*