Rosmah Mansur Buat Kejutan Harijadi Untuk Suami Dia Di Parlimen. Memang Terkejut Najib Razak Bila Nampak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan satu majlis ringkas sambutan ulang tahun beliau yang ke-65 di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan oleh sebuah syarikat produksi, Metamorphosis Global Studio Sdn. Bhd. yang turut dihadiri isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Pada majlis tersebut, syarikat produksi itu turut menghadiah sebuah lagu bertajuk Thank You Sir beserta video klip yang memaparkan kejayaan bekas Perdana Menteri itu sepanjang mentadbir negara

Sempena hari lahir Najib Razak, Kiky kembali aktif di IG

Kiky, kucing peliharaan Datuk Seri Najib Tun Razak kembali aktif di laman sosial sempena sambutan ulang tahun bekas perdana menteri itu, Isnin.

“Tunggu papa turun breakfast (sarapan) nak peluk manja papa, hari ni hari jadi papa @najib_razak!” tulis pengendali akaun itu menerusi posting yang dimuat naik sekitar pukul 8 pagi.

Setakat ini posting itu sudah menerima hampir 2,000 tanda suka dan menerima lebih 180 komen.

Kucing baka parsi itu kali terakhir muncul di laman sosial pada 8 Mei lalu sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menerusi posting “Kiky Pilih Biru” yang memaparkan haiwan comel itu berehat di atas logo Barisan Nasional (BN), ia turut disertakan kapsyen “Warna biru ni elegan, buat Kiky nampak lagi comel dan gebu. Sebab itu #KikyPilihBiru #KikyPilihPapa.”

Sewaktu PRU-14, parti pimpinan Najib kalah di tangan Pakatan Harapan (PH) sekaligus menamatkan pemerintahan BN selaman 60 tahun.

Sejak itu, nama Instagram (IG) Kiky yang dikenali sebagai @kikysriperdana diubah menjadi @kikitamanduta bersempena kediaman mereka di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Kiky memiliki lebih 16,000 pengikut dengan 31 posting gambar sejak September 2017. SUMBER : MSTAR ONLINE

Kejutan Hari Jadi Najib Razak

Ini Ucapan Najib Razak Sempena Hari Jadi Beliau Ke – 65

Apa yang saya doakan ialah masa depan negara dan rakyat mestilah terus diperjuangkan . Terima kasih kepada semua atas ucapan sempena ulang tahun kelahiran saya .

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*