Kritikan memakan diri, Menteri BN terpaksa diam bila semakin banyak penipuan terbongkar bila BN bersuara.

Mungkin jika dilihat di media sosial , Semakin banyak tentera tentera dan cybertrooper dilihat di media sosial . Sebelum PRU14 kita boleh lihat bahawa Party Pembangkang Pakatan Harapan telahpun memenangi majority kemenangan dan jumlah yang tinggi cybertrooper tanpa sebarang upah dari party tersebut . Namun kini sebaliknya pula terjadi apabila kini media sosial dibanjiri oleh cybertrooper BN yang mengeluarkan pelbagai kenyataan menyerang kerajaan Pakatan Harapan yang baru.

Kini sidang parlimen sedangpun berlaku dan ianya menjadi viral dilaman sosial berkenaan dengan hal negara yang dibincangkan di dewan tersebut secara live dan dapat ditonton oleh orang ramai di kaca telivisyen. Sebahagian daripada persidangan tersebut menjadi viral di laman sosial apabila ianya menunjukkan soal jawab antara menteri Pakatan Harapan dan menteri Barisan Nasional .

Seorang menteri dari Pakatan Harapan , Tony Pua telah mendedahkan korupsi dan mendedahkan segala punca punca dan segala fakta fakta mengenai hutang Malaysia dan korupsi yang berlaku dalam kerajaan yang sebelumnya yang menyebabkan kini kerajaan Pakatan Harapan terpaksa menanggung hutang sebanyak lebih dari 1 trillion ringgit yang merupakan dicampur dengan hutang tersembunyi yang tidak didedahkan oleh kerajaan sebelumnya.

Soal jawab berlaku antara Tony Pua dan YB Pasir Salak yang menyelar beberapa kenyataan Tony Pua Namun ianya menjadi viral kerana netizen menganggap selaran dari YB Pasir Salak telah menyebabkan lebih banyak korupsi yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional berhubung dengan Projek LRT3 dan beberapa projek lain turut terbongkar apabila jelas Tony Pua telah melakukan persedian yang rapi sebelum memasuki dewan tersebut dan berjaya menundukkan menteri Barisan Nasional dengan fakta beliau. Namun Tony Pua juga turut dihentam kerana sebahagian kecil dari maklumat beliau diambil dari Malaysiakini.

Bongkar Habis! Tony Pua Pecah Rahsia Najib Isu LRT3

Posted by Aman Shah II on Thursday, July 19, 2018

SUMBER: Alerttvmalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*