‘Saya tak takut, sedia disiasat’

Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan pembabitannya dengan skim penipuan yang didakwa mengutip lebih RM185 juta daripada pekerja Nepal selama tempoh lima tahun.

Ketua pembangkang itu menyangkal laporan berita Nepali Times, yang mendakwa seorang anggota keluarganya mendapat keuntungan dari kontrak untuk mengendalikan permohonan para pekerja dari Nepal yang ingin ke Malaysia.

Bestinet Sdn Bhd didakwa telah ditubuhkan oleh adik iparnya, Amin Abdul Nor.

“Saya tak ada ipar nama Amin, saya tak ada saham satu sen (pun) di syarikat (itu), syarikat itu memang ada (wujud) perniagaan sebelum saya masuk (menyertai) KDN (kementerian dalam negeri.

“Itu sebab saya kata perlu disiasat. Cakap, saya sedia disiasat dan saya tidak takut.

“Saya sedia disiasat, saya sedia untuk dikemukakan bukti kalau saya terlibat atau saya masalah guna kuasa atau mana-mana ahli keluarga saya yang terlibat, sila lakukan siasatan dan saya sedia berdepan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Lihat Video:

SUMBER: Blogshah.com

Tun Mahathir Menjawab Soalan Presiden UMNO Zahid Hamidi Yang Penuh Dengan Fakta

Pinjaman kewangan daripada Jepun dapat mengurangkan kos hutang yang ditanggung kerajaan ketika ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pinjaman itu dapat mengurangkan kos wang yang tinggi kerana kadar faedah hutang yang diambil kerajaan dahulu terlalu tinggi iaitu 6%.

“Goldman Sach pula diberi komisen 10% daripada jumlah hutang. Ini bermakna kerajaan dahulu hanya mendapat 90% daripada wang yang dihutang, tetapi membayar faedah ke atas 100% pinjaman.

“Mata wang Jepun yen lebih murah daripada ringgit, iaitu yen bernilai satu sen AS$ manakala RM1 bernilai 25 sen AS$. Namun nilai yen rendah tidak bermakna hutang lebih murah.

“Kita akan pinjam yen sebanyak nilai dolar AS atau ringgit yang kita hutang dahulu. Yen akan ditukar kepada dolar AS untuk bayar hutang dalam mata wang dolar AS atau ringgit,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini tentang apakah rasional Malaysia membuat pinjaman daripada Jepun yang mempunyai nilai mata wang lebih tinggi daripada ringgit walaupun faedah yang bakal dikenakan terhadap pinjaman tersebut dikatakan rendah menyebabkan hutang negara menjadi lebih tinggi.

Dr Mahathir berkata, membayar semula hutang yen berfaedah rendah bermakna negara tidak lagi dibebankan dengan faedah tinggi lebih daripada 6% hutang asal.

“Kita masih berhutang tetapi kos hutang menurun. Itu sebab kita cuba dapatkan pinjaman yen daripada Jepun,” katanya.

SUMBER : Free Malaysia Today

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*