Teks Ucapan Tan Sri Annuar Musa Mengatakan Kerajaan Pakatan Harapan Berunsurkan Autokratik Dan Diktator!

25 Julai 2018, Persidangan Dewan Rakyat harini hangat diperkatakan bilamana Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa yang juga ahli parlimen ketereh mengkritik pedas terhadap kerajaan Pakatan Harapan, antara isu yang dibangkitkan oleh beliau boleh iikuti pada teks ucapan beliau semasa berucap di dalam dewan.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa – ” Itu bukan isu nya, isu yang kita perkatakan disini, Kerajaan, apabila bertukar yang penting adalah membawa perkara yang lebih baik kepada rakyat dan kami ingin mendengar apakah perkara-perkara penambahbaikkan yang hendak dilakukan oleh kerajaan. Kerana kerajaan yang ada pada hari ini tidak memberikan sesuatu lagi melainkan menyalahkan yang lama, mengungkit cerita lama dan sebagainya.

Saya fikir masa dah habis, bila dah jadi kerajaan , saya fikir dan saya percaya pulai setuju dengan saya, berapa lama dulu jadi pembangkang sekarang jadi kerajaan, silakan. Tapi sekarang ini rakyat sedang melihat beberapa kebebrokan yang sedang berlaku. Perkara pertama yang paling prinsip yang sedang dilanggar oleh kerajaan yang ada sekarang ialah kerajaan yang ada sekarang tidak menghormati prinsip separation of power , tidak menghormati prinsip rules of law.

Kita ingin mengulangi, nak bertanya sekali lagi, bagaimana mungkin kerajaan sekarang sebelum kabinet terbentuk, membentuk C.E.P.(Majlis Penasihat Kerajaan) dan C.E.P. itu kelihatan lebih berkuasa daripada menteri sendiri. Kita ingin bertanya dewan yang mulia ini Tuan Dewan Speakar, mana boleh anggota C.E.P. memanggilkan hakim untuk mengadap mereka? bagaimana boleh anggota C.E.P. memanggil seorang menteri kanan, saya dapat berita dari menteri itu sendiri. Menteri Kanan dipanggil mengadap di pejabat anggota C.E.P. dan yang paling memeranjatkan kita, ialah seolah-olah para menteri tidak ada wibawa antara urusan diplomatik antara luar negara diutuskan anggota C.E.P.

Kemana perginya Menteri Luar Negeri?. Kemana perginya Menteri-menteri?. Dimana kuasanya Timbalan Perdana Menteri?. Sehinggakan anggota C.E.P. kelihatan lebih besar daripada menteri, malah C.E.P. diwujudkan sebelum kabinet itu sendiri terwujud. Sebenarnya ini adalah satu amalan yang tidak sihat, yang dipilih adalah wakil-wakil rakyat, para menteri harus mempunyai wibawanya tersendiri. Dalam perlembagaan kita, tidak ada satu badan lebih tinggi daripada kabinet dalam kontek kuasa-kuasa legislatif.

Ini adalah satu presiden yang sangat buruk, apa lagi anggota C.E.P. itu sendiri, bukanlah orang yang rekodnya cukup bersih. Mengulangi kata-kata Ketua Umum PKR sendiri, anggota C.E.P. itu ada, yang kredibilitnya boleh dipersoalkan malah pernah dipersoalkan. Bagaimana mungkin kuasa yang patut ada pada menteri, patut ada pada anggota kabinet, dipergunakan sedemikian rupa, kerana ia menunjukkan penghinaan kepada anggota jemaah menteri. Apakah jemaah menteri tidak ada wibawa untuk berunding dengan ketua kerajaan ataupun rakan sejawat mereka? kerana menteri-menteri dinegara lain, ada rakan sejawatnya disini.

Dan rakan anggota sejawatnya bukanlah anggota C.E.P. Ini adalah menandakan unsur-unsur autokratik dan unsur-unsur diktatorial telah mula tersemai dalam kerajaan Pakatan Harapan, dimana one man shows telah mulapun berlaku. Yang kedua Tuan Yang Di-Pertua, kita dapati..”

Walaubagaimanpun ahli parlimen Jelutong RSN Rayer mahukan kenyataan ahli parlimen ketereh menarik balik kenyataan Diktator yang ditujukan kepada ahli parlimen langkawi. Justeru ini, berlaku beberapa insiden berbalas kritikan terhadap ahli parlimen jelutong dan ahli parlimen ketereh. Selanjutnya boleh menonton klip video diatas sekaLi.

Syabas TS Anuar Musa … πŸ‘πŸ‘πŸ’ͺ#TeamShafei#MelayuBangkit#PemantauMalaysiaBaru

Posted by Khirruddin Khoi on Tuesday, July 24, 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*