Ramasamy ketakutan! diserang ratusan pejuang islam di Pulau Pinang

Ramasamy ketakutan! diserang ratusan pejuang islam di Pulau Pinang | Suasana semasa pertembungan antara penyokong penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik dengan penyokong Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy di Kompleks Tun Abdul Razak Komtar.

GEORGETOWN – Dua kumpulan yang mengadakan demonstrasi menyokong dan membantah Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy bertembung di perkarangan Komtar hari ini dan berlaku kekecohan apabila masing-masing melakukan provokasi.

Kumpulan pertama terdiri kira-kira 50 penyokong Ramasamy mengadakan demonstrasi di perkarangan Komtar pukul 12.30 tengah hari dan selepas itu mereka terus berada di situ sehingga kumpulan kedua iaitu lebih 300 orang dari 30 pertubuhan bukan kerajaan NGO Islam yang berarak dari Masjid Jamek Simpang Enam selepas solat Jumaat tiba di Komtar.

Presiden NGO Tamilar Kular, David Marshel yang mengetuai demonstrasi menyokong Ramasamy berkata kehadiran mereka adalah untuk menunjukkan solidariti untuk Ramasamy yang didakwa sebagai pengganas oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kami ada di sini untuk melawan sesiapa yang melabel Ramasamy seorang pengganas, katanya kepada pemberita.

Kedua-dua kumpulan itu mengejek dan melakukan provokasi antara satu sama lain, kumpulan NGO Islam menjerit Tangkap Ramasamy manakala di pihak satu lagi menjerit Kami menyokong Ramasamy, namun mereka berada di dua kawasan di perkarangan Komtar serta dikawal rapi oleh polis.

Polis juga berulang kali mengeluarkan arahan kepada mereka agar menghentikan provokasi dan memberi amaran akan menangkap sesiapa yang tidak mendengar arahan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar yang turut hadir mengawal keadaan di perkarangan Komtar, berkata seramai 70 pegawai dan anggota terlibat dalam kawalan hari ini dan kedua-dua kumpulan diarah meninggalkan Komtar secara berasingan bermula pukul 3.00 petang.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan tiada sesiapa yang ditahan walaupun berlaku kekecohan serta keadaan sedikit tegang ketika kedua-dua kumpulan berada di perkarangan Komtar tadi. Polis juga membenarkan NGO Islam berkenaan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Ramasamy kepada wakil Ketua Menteri Chow Kon Yeow, katanya.

Beliau berkata polis akan memanggil wakil kedua-dua kumpulan itu untuk direkodkan keterangan kerana mereka mengadakan demonstrasi itu tanpa permit dan pihaknya akan membuka kertas siasatan.

Sementara itu, Yusof Azmi, yang juga bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mengetuai bantahan NGO Islam hari ini berkata pihaknya menerusi memorandum yang diserahkan meminta supaya Ramasamy meletak jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil LTTE.

Yusof berkata mereka hari ini mengadakan demonstrasi bukan untuk bergaduh sebaliknya hanya mahu menyerahkan memorandum yang turut menyatakan bantahan terhadap Ramasamy yang mahu pendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik diusir ke India.

Kami berkumpul di sini bukan dasar anti mana-mana agama atau pengikutnya tapi kami hanya mahu membela kebenaran. Pada masa sama, kami juga minta pihak-pihak tertentu (yang berkepentingan) agar tidak mencampuri urusan Islam, katanya.

Gambar yang memaparkan Ramasamy dan ahli politik pro LTTE V Gopalasamy yang dikatakan diambil dalam majlis perkahwinan baru-baru ini tular dalam media sosial dan menimbulkan dakwaan ahli politik DAP itu mempunyai hubungan dengan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil membuat lebih 50 laporan polis terhadap Ramasamy kerana dikatakan menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*