Siti Nurhaliza Buat Kejutan untuk Hari Lahir Adam Wan,syabas Dato Siti.

Iman Wan, seorang komposer tanah air pasti tertarik dengan kisah dia dan keluarganya dalam membesarkan salah seorang anak mereka yang menghidapi autisme, Adam Wan. Kisah keluarga ini yang turut dikenali sebagai Adam Autism Family begitu memberikan inspirasi dalam kecekalan mereka membesarkan Adam dan membuang stigma negatif dalam masyarakat.

Siti Nurhaliza Beri Kejutan Buat Adam

Semalam, anak istimewa ini telah pun menyambut hari lahir yang ke 17. Lebih mengharukan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat kejutan buat Adam dan keluarganya dengan meluangkan masa sebentar bersama mereka.

Malah menurut Iman, Siti turut membawa hadiah untuk Adam bersempena dengan hari lahirnya.

“Adam bukan dapat satu, tetapi dua patung Barney. Hanya satu sebab untuk itu kerana jelas sudah ianya rezeki Adam pada hari lahirnya. Terima kasih Siti Nurhaliza kerana menjadikan hari ini cukup bermakna buat kami semua”

Iman Wan Anggap Siti Nurhaliza Sebagai Bintang Tak Berganti

Menerusi Instagram nya juga, Iman telah menceritakan kembali mengenai kisahnya sebagai seorang komposer 14 tahun yang lalu malah turut berkesempatan menghasilkan sebuah lagu untuk Siti yang berjudul Cinta Tak Berganti.

Namun kini, Iman telah ‘melupakan’ kariernya itu kerana fokusnya kini adalah untuk membesarkan dan memberi perhatian yang sepenuhnya buat Adam.

Some 14 years ago, I had the privilege to write a song with one of the best singers ever of our time in this part of the world. I wrote the melody, produced the music, and I asked if she could write the lyrics to the song. Never had I expected her to be as gifted a lyricist as she was a singer. It was brilliant. “Cinta Tak Berganti” became my all time favourite composition and collaboration. The one song that have always reminded me how easy and pleasurable it was to record the vocals of Siti Nurhaliza. . I have given up writing, producing and left the music industry since to focus on raising my son who has Autism. Today will surely go down as a memorable one in our books, truly special for me and my family to have met again Datuk Seri Siti Nurhaliza after all these years. And it will be unforgettable because it is Adam’s birthday. #bintangtakberganti @ctdk ❤️ . #adamsautismfamily #autismfamily #adamwan #adams17thbirthday #specialday #adammetct #sitinurhaliza @idanixh @raihana_aof @arenalieya @aramysara @rozisangdewi

A post shared by Iman Wan (@adamsautismfamily) on

Pada ucapannya itu juga, Iman menyifatkan Siti sebagai Bintang Tak Berganti. Terima Kasih Datuk Seri Siti Nurhaliza!

sumber : Hangat kredit islamikinfo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*