Terkejut Ramasamy dituduh terlibat dengan kumpulan pengganas, Ini Respon Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR, 24 Julai -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika hadir ke Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Terkejut Ramasamy terlibat kumpulan pengganas, Ini Respon Lim Guan Eng | GEORGETOWN – DAP menyerahkan sebarang urusan berkaitan isu membabitkan Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy kepada Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow.

video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sebelum ini, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri sudah meminta Ramasamy untuk membuat penjelasan tentang semua tuduhan ke atasnya.

Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila di tanya sama ada DAP Pusat akan atau sudah memanggil Ramasamy untuk penjelasan berkaitan isu yang dikaitkan dengannya.

“Isu Ramasamy, sebelum ini Kon Yeow ada keluar kenyataan minta dia (Ramasamy) perjelaskan. Jadi lebih baik tanya Kon Yeow,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan merasmikan pelancaran buku peringatan bencana alam, The Healing Penang Hill Pictorial Book di Bukit Bendera tadi.

Sebelum ini, Ramasamy didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) apabila gambarnya sedang menyembah senapang tular di media sosial.

Selain itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut berkongsi kiriman di Facebook dan meminta pihak berkuasa menyiasat Ramasamy yang dikaitkan dengan LTTE, yang diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Sehubungan itu, Kon Yeow meminta Ramasamy untuk mengemukakan penjelasan kepada parti di atas dakwaan beliau menyokong pemberontakan LTTE di Sri Lanka.

Kon Yeow berkata, parti itu akan meneliti penjelasan Ramasamy namun, tidak menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil terhadapnya.

Suasana tegang kumpulan menyokong dan menentang P Ramasamy bertembung

Himpunan aman melibatkan dua kumpulan yang menyokong dan menentang Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof P Ramasamy tengah hari semalam hampir menimbulkan kekecohan setelah kedua-dua kumpulan tersebut berarak ke tempat yang sama.

Ketegangan mulai berlaku apabila kedua-dua kumpulan tersebut bertembung di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Pertembungan yang diselang-seli dengan provokasi tersebut berlaku ketika sekumpulan NGO Islam cuba menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mendesak supaya beliau mengambil tindakan segera dan campur tangan isu membabitkan Ramasamy.

Tatkala itu satu lagi kumpulan NGO turut berada lebih awal berhimpun di situ bagi menyatakan sokongan mereka kepada Ramasamy.

Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Mohd Yusuf Azmi yang turut berarak bersama-sama lebih 20 NGO Islam pula berkata, kepimpjnan negeri maupun negara ini tidak harus terlibat dengan mana-mana pertubuhan pengganas.

Kelihatan Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Mutusami turut berucap bersama kumpulan yang menyokong Ramasamy.

Malah katanya lagi, dakwaan penglibatan Ramasamy dengan Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah suatu perkara yang serius dan tidak harus dipandang ringan.

“Himpunan yang dianjurkan kali ini bukannya bertujuan untuk menimbulkan sebarang kekacauan atau penglibatan mana-mana parti politik.

“Tuntutan yang dibuat dengan penyertaan lebih 20 NGO Islam pada kali ini merupakan salah satu usaha bagi memastikan keamanan negara terpelihara dan kekal sepertimana yang dikecapi sejak lebih 60 tahun yang lalu.

“Seorang pemimpin sebagai Timbalan Ketua Menteri II jelas memperlihatkan penglibatan diri dengan LTTE sejak 2003 lagi amat dikesali,” jelas beliau lagi.

Mohd Yusuf (tiga dari kanan) semasa berarak menuju ke Komtar.

Menurut Yusuf lagi, dalam masyarakat majmuk yang hidup dengan aman dan harmoni kini, adalah tidak wajar sekiranya dibiarkan tercetusnya sentimen ataupun anasir tidak baik dalam masyarakat hanya kerana seorang individu sahaja.

Tambahnya lagi, apa yang dinyatakan adalah demi keselamatan negara dan dibimbangi insiden yang berlaku di Sri Lanka akan menular ke negara ini dan menimbulkan kekacauan.

Katanya, memorandum yang diserahkan menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang supaya segera campur tangan dalam isu ini yang membabitkan Timbalan Ketua Menteri II.

Turut kelihatan berucap dan berada bersama dengan kumpulan yang menyokong Ramasamy adalah Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Mutusami yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*