Najib Razak Meminta Rakyat Semua Untuk Tunggu Dan Lihat

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan memberi kesan serius terhadap aliran tunai kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pendapatan negara akan menyusut selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kerajaan dengan memansuhkan GST dan menggantikan rejim percukaian itu dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Dengan pelaksanaan SST, Najib mendakwa kerajaan bakal kehilangan pendapatan sehingga RM44 bilion.

“Itu adalah komitmen kerajaan PH. Mereka janji akan laksanakan SST pada 1 September ini, maka rakyat akan tunggu.

“Pelaksanaan cukai itu akan memberi implikasi seriusterhadap pendapatan negara khususnya membabitkan kehilangan dalam lingkungan RM43 bilion hingga RM44 bilion.

“Justeru, kerajaan perlu mencari cara mengganti semula pendapatan (yang hilang), jika tidak aliran tunai kerajaan akan menerima impak yang serius,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Najib berkata, kerajaan perlu mengotakan janjinuya untuk melaksanakan SST seperti mana tertakluk dalam janji mereka.

“Kita tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku,” katanya.

 

SUMBER : BHARIAN

‘Sudah-sudahlah Kit Siang…’

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang mahu menganjurkan debat bertajuk ‘Islam Bukan Kleptokrasi’.

Menurut Najib, Kit Siang tiada hak untuk membuktikan agama Islam atau mana-mana agama ialah atau bukan kleptokrasi.

“Sudah-sudahlah Kit Siang. Hentikanlah memainkan atau mahu memburukkan mana-mana agama terutama Islam demi nafsu politik anda,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurut Najib, adalah lebih baik jika Kit Siang menganjurkan debat dengan tajuk ‘Kerajaan Pakatan Harapan dan Janji Manis’ atau ‘Adakah Rakyat Ditipu Dengan Manifesto Pakatan’.

“Agak menarik sebenarnya, biarpun Julai belum sampai ke penghujung, Kit Siang sudah mengeluarkan 26 kenyataan dalam bulan ini sahaja untuk menyerang saya. Dia patut hentikan obsesi terhadap saya. Saya bukan lagi perdana menteri atau presiden BN.

“Nasihat saya, lebih baik anda (Kit Siang) menumpukan perhatian bagi menjelaskan mengapa masih banyak janji-janji manifesto PRU14 tidak ditunaikan dan beri alasan munasabah mengapa rakyat tidak perlu rasa ditipu memandangkan hanya 20 hari lagi sebelum genap 100 hari,” katanya. SUMBER : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*