Kerajaan PH silap hapuskan GST, Tegur Ahmad Maslan pada Kerajaan Harapan, Tak Sangka

Video : Bengang Mahathir hapuskan GST, ini amaran Ahmad Maslan pada Kerajaan Harapan | Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan menegur kerajaan kerana silap membuat dasar sehingga menjejaskan pendapatan sebanyak RM11 bilion sepanjang tempoh tiga bulan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Kata Ahmad, dalam masa tiga bulan itu, kerajaan tidak mendapat apa-apa cukai baik GST mahupun SST.

KOMEN NETIZEN SELEPAS MELIHAT VIDEO AHMAD MASLAN INI

Mohd Shukeri Husin Entah lah.Agaknya dia lbh suka tgk rakyat byr gst 6% yg zalim mencekik. Selepas gst di 0% oleh kerajaan baru PH rata2 samaada peniaga,kedai mkn,kerja gomen,swasta,org kampung sekali pun rasa tersgt lah suka senyum sokmo tak mcm dulu ibarat duk pikul bewak atas blkg.

Bunsu Gajah Ahmad masland banggang orang nya.. Patut pemerintah BN teruk sekali sehinggakan rakyat terbeban untuk mencari pendapatan.. Masih hendak mengutip gst dari rakyat.. Bodoh

Perimaleh Muruly Gst Kita boleh refund Di singapura walaupun pekerja asing. Segala Wang Di atur masyarakat complain kerajaan ambil tindakan . Barang Kita beli boleh refund kat airport dlm masa 2 Bulan

Perimaleh Muruly Macam mana kalau Kita ajar BN maslan Ahmad tentang GST DIA tak paham sebab DIA budak sekolah mental tak boleh terima keaalahan Dan kebodohan DIA . GST Di amalkan oleh negara maju Yang pesat membangun Dan sistem pengangkutan serta kemudahan asas yg lengkap seperti jepun, singapura , amerika dll negara maju . Kalau Kita pergi jepun seminit lambat pun pemandu keretapi Dan Stesen master meminta MAAF kepada pengguna. Jurang perjalanan kurang 4 min masa peak time Dan bukan peak time 5 to 7 Min Di singapura Di Malaysia KTM komuter 1/2 to 6 jam

Tk Amanie Tk Amanie Rakyat Pontian cmne blh undi mamat nyanyok ni…x ingat ke apa dia ckp pasal Gst yg jadi viral itu hari?

Markyz Francis Bongiovi Aq nk tanya org pontian yg pangkah si kepala botak dpn ni..”apasal yg ko org bodoh bengap nk beri undi kt mat selan aarrr!!!mangkuk ayun btl ko org ni..

Albert Ng Orang pontain yang paling bodoh Undi orang yang paling pandai Di BN.itu lah Ahmad Maslan yang paling memalukan orang Malaysia.juga APA sekolah yang Dia INI berlajar n memalukan cikgu yang ajar murid yang paling bodoh.

SEBELUM INI TUN MAHATHIR TELAH PERTAHANKAN TINDAKKANNYA UNTUK LAKSANAKAN SST

Dr M pertahan keputusan laksana SST ganti GST

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan keputusan kerajaan Pakatan Harapan memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Perdana menteri berkata, SST pada kadar 10% bagi jualan dan 6% perkhidmatan tidak sama dengan GST yang menyebabkan harga barangan lain turut meningkat.

Katanya, kerajaan akan menguji terlebih dahulu pelaksanaan semula SST dan beliau belum melihat rang undang-undang atau Akta berkaitan cukai itu yang akan dibawa ke sesi Parlimen kali ini.

“Kita dah umumkan kadar sifar terhadap GST, sekarang kita nak pastikan Parlimen mansuhkan GST.

“Setahu saya, 10% jika anda beli, jika tidak beli tak perlu bayar, manakala GST adalah cukai yang menyerang punca, sama ada anda beli atau tidak, semua harga akan meningkat,” katanya selepas perasmian serentak Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji akan menghapuskan GST menerusi manifesto pilihan raya umum ke-14 dan Kementerian Kewangan menurunkan kadar GST kepada 0% mulai 1 Jun lalu.

Kerajaan Barisan Nasional memperkenalkan GST pada kadar 6% mulai 1 April 2015 dan kira-kira RM44 bilion dikutip daripada sistem percukaian itu.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai 1 September nanti yang dijangka menyumbang RM4 bilion kepada pendapatan negara.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Akta SST dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum diluluskan.

Terdahulu, Agong menyokong tindakan kerajaan PH menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak serta memberi bantuan sara hidup dalam usaha meringankan beban rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, semua ahli Parlimen bebas membangkitkan sebarang isu di Dewan Rakyat dan dasar kerajaan ialah tidak menyekat kebebasan bersuara.

“Esok kita tengoklah, tetapi ahli Parlimen susah sedikit nak ‘control’. Biasanya dia nak cakap dan kita punya dasar ialah tidak ada sekatan. Nak cakap apa, cakaplah.”

Mengulas “amaran” Agong secara berseloroh kepada ahli Parlimen supaya tidak meninggalkan Dewan Rakyat, Dr Mahathir menyifatkan ia sekadar gurauan.

“Itu mungkin gurauan baginda, tetapi siapa makan cili, dia yang rasa pedas.”

Semalam, semua ahli Parlimen pembangkang, kecuali 3 orang, keluar dewan kerana mendakwa pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker melanggar peraturan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS mendakwa PH tidak menyerahkan nama speaker kepada setiausaha Dewan Rakyat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah bagaimanapun mengesahkan pihaknya menerima notis pencalonan speaker pada 2 Julai lalu, iaitu 14 hari sebelum Dewan Rakyat mula bersidang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*