Isu Arahan Henti Langgan Utusan Malaysia, Ini Respond Menteri Pendidikan

Menteri Pendidikan itu berkata beliau perlu menyemak semula maklumat itu dengan Penasihat Khasnya Wan Saiful Wan Jan.

‘HARAPAN dah jadi kerajaan, tak patut takut Utusan’ |

Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak perlu lagi “takut” kepada Utusan Malaysia kerana mereka kini sudah menjadi kerajaan, kata Naib Presiden Umno¬†Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana akhbar milik Umno itu kini memberi lebih ruang kepada HARAPAN selaku kerajaan baru, pada masa sama tetapi adil kepada BN sebagai pembangkang.

“Mereka sudah jadi kerajaan, sepatutnya tak perlu lagi (sekat Utusan). Apa yang nak ditakutkan,” katanya yang juga pengerusi BN Selangor kepada pemberita ketika kempen calon BN PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau mengulas tentang memo Kementerian Pendidikan yang mengarahkan semua sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk menghentikan langganan terhadap Utusan berkuatkuasa serta-merta.

Ismail berkata, arahan untuk menghentikan langganan Utusan secara tidak langsung menyekat kebebasan akhbar.

Beliau juga berkata ia menunjukkan HARAPAN masih berkelakuan seperti pembangkang.

Mengakui HARAPAN memang sentiasa menentang akhbar itu, Ismail berkata sikap itu sepatutnya berubah selepas menjadi kerajaan.

“Laporan yang tidak menyokong mereka akan dianggap musuh, henti beli (akhbar tersebut).

“Kalau mereka betul-betul kerajaan yang terbuka, beri peluang kepada semua (kakitangan kementerian pelajaran) untuk baca…Utusan, Berita Harian, The Star.

“Biar mereka baca dan nilai sendiri,” kata anggota parlimen Bera itu lagi.

Memo tersebut bertarikh 18 Julai dan dihantar oleh penasihat khas menteri pendidikan, Wan Saiful Wan Jan kepada ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd Ghazali Abas.

Ketika ditemui pemberita di parlimen, Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata langkah itu sebahagian daripada penjimatan memandangkan berita kini boleh dibaca secara atas talian.

Bagaimanapun beliau berkata tidak tahu akan memo tersebut dan akan menyemak perkara itu dengan penasihat khasnya.

Menteri Pendidikan tak tahu arahan henti langgan Utusan

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak mengetahui berhubung arahan menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia bagi institusi di bawah kementeriannya namun tidak menolak kemungkinan itu langkah berjimat cermat.

Katanya, beliau akan membuat semakan terlebih dahulu dengan penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara itu.

‚ÄúSaya tak pasti perkara itu, saya kena tanya dia (Wan Saiful) sebab sekarang ini kita dalam langkah berjimat cermat, banyak sangat surat khabar (dilanggani). Sekarang banyak (berita) online jadi boleh tengok online,‚ÄĚ katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Dilaporkan sebuah memo dikeluarkan melalui Wan Saiful mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan untuk berhenti melanggan akhbar tersebut.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

Sementara itu, Maszlee berkata, pihaknya mempunyai laporan dan bukti lengkap yang menunjukkan sesetengah pegawai tinggi di universiti awam (UA) bermain politik dan bukannya mendukung usaha meningkatkan kualiti institusi pendidikan.

“Memang banyak laporan berkaitan sesetengah pegawai yang begitu aktif dan berkempen bagi Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum lepas malah mengenakan tindakan terhadap anggota akademik yang tidak menyokong BN pada masa lalu,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan mengenai penamatan perkhidmatan lima pengerusi universiti awam pada Rabu.

Maszlee menegaskan akan ada lagi pertukaran dan pemendekan tempoh lantikan pegawai pada masa akan datang yang katanya bukan bersifat penyingkiran tetapi sebagai usaha membawa agenda islah (reform) dalam institusi pengajian tinggi. – Bernama

Olahan semula Kicappedas Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*