Curi RM18 Billion: Ini kenyataan balas Najib yang buatkan kerajaan PH bengang!

Curi RM18 Billion: Ini kenyataan balas Najib yang buatkan kerajaan PH bengang! | PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin sudah menggunakan wang Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Curi RM18 Billion: Ini kenyataan balas Najib yang buatkan kerajaan PH bengang!

Najib berkata, kerajaan PH kehilangan pendapatan selama 3 bulan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) belum lagi dilaksanakan.

“Apabila PH mensifarkan GST pada 1 Jun, peniaga boleh menuntut semua cukai input GST serta-merta dan menyebabkan semua meluru membuat tuntutan cukai input GST, sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya.

“Oleh kerana kerajaan PH kehilangan pendapatan bagi 3 bulan, kerajaan PH mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan yang sepatutnya disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

“Akibatnya, PH mengalami kesukaran membayar tuntutan GST yang banyak, dibuat sekaligus dan memerlukan seseorang untuk dipersalahkan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Lim Guan Eng mendedahkan akaun amanah di mana kerajaan memasukkan wang bayaran balik GST mengalami kekurangan sebanyak RM18 bilion.

Menurut Lim, wang itu hilang semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan sepatutnya dikembalikan kepada peniaga 2 minggu selepas mereka memfailkan tuntutan.

Kenyataan Lim itu menyebabkan ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Manakala, bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan dakwaan Lim itu bahawa kerajaan BN merompak RM18 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST.

Mengulas lanjut, Najib berkata Lim membuat tuduhan itu kerana setiap kesalahan yang dilakukan kerajaan PH, ia akan dituding kepada BN walaupun ia kesilapan mereka sendiri.

“Dakwaan kononnya BN ‘merompak’ RM18 bilion wang GST mungkin dapat dimasukkan sekali dengan ‘hutang negara RM1 trilion’ yang digunakan sebagai alasan PH tidak melaksanakan janji manifesto,” katanya.

Najib yang juga bekas menteri kewangan berkata, beliau bersedia memberikan sebarang kerjasama sekiranya dipanggil untuk disiasat dan memberi keterangan berhubung dakwaan “rompakan” RM18 bilion.

“Jika dakwaan ini didapati tidak benar, maka Lim memperdaya Parlimen ketika beliau membuat tuduhan serius itu. Apabila itu berlaku, saya amat berharap speaker Dewan Rakyat tidak lagi melindungi Lim.

“Hal ini kerana dewan yang mulia itu bukanlah tempat atau ruang bagi membuat dakwaan tidak berasas dan tuduhan bermotifkan politik,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*