Akhirnya Lando bersuara tentang isu Bas Rapid KL langgar gerai burger. Perghh memang padu komen Lando ni

Akhirnya Lando bersuara tentang isu Bas Rapid KL langgar gerai burger. Perghh memang padu komen Lando ni | 

Malam tadi kira-kira jam 8:45 malam, seorang pengguna Facebook iaitu Azri Arip memuat naik status berkenaan insiden yang berlaku melibatkan sebuah bas Rapid KL yang telah melanggar 7 buah kereta.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, empat orang awam cedera selepas tujuh kereta dilanggar oleh bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), malam tadi.

Dalam video tersebut menunjukkan sebuah bas Rapid KL yang dikejar oleh beberapa orang lelaki menggunakan motosikal apabila pemandu bas memandu secara bahaya.

Selain itu, pemandu bas itu juga telah menyeret kenderaan tersebut ke kiri, kanan dan depan tanpa berhenti.

Pemandu bas tersebut juga telah cuba untuk melarikan diri selepas dia merempuh sebuah gerai dan menyebabkan seorang wanita serta bayinya cedera

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Lalulintas Polis Polis KL, Zulkefly Yahya, kejadian itu berlaku di hadapan Bangunan Risda, Jalan Ampang. Bas tersebut hanya berhenti di simpang Jalan Ampang-MRR2. – SAYS

‘Rupanya, khayal syabu… ‘

POLIS mengesahkan pemandu bas RapidKL berusia 32 tahun yang merempuh tujuh kenderaan di Jalan Ampang, malam semalam, khayal akibat syabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pemandu itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan juga dibantu oleh polis Selangor dan polis Kuala Lumpur. Lelaki terbabit ditahan oleh polis Ampang kerana insiden itu berlaku di kawasan berkenaan. “Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Mengulas berhubung dakwaan beberapa orang membelasah pemandu itu, Mazlan berkata, pemandu terbabit perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. “Kita akan melakukan siasatan selepas menerima aduan,” katanya. Difahamkan, empat individu dilaporkan cedera akibat kejadian berkenaan. – HMETRO ONLINE

LANDO ZAWAWI TERPANGGIL UNTUK BERSUARA

Siapa tak kenal Lando, antara Hero Rakyat yang memperjuangkan keselamatan rakyat di atas jalan raya. Dengan tagline Wutoh, Lando Zawawi mempunyai pengikut yang ramai.

Apa yang Lando Zawawi komen pasal isu Pemandu Bas Rapid KL baru baru ini memang betol. Ada prosedur yang perlu diikut bukan main belasah je. Apa pun terbaik Lando. Layan video penuh ini.

Sumber : Buletin Netizen via Indahnya Islam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*