Bila Tok Ti Dan Mark Adam Di Minta Naik Pentas Menari “Hajat Dance” Bersama Hael Husaini, Ini Yang Terjadi

Muncul satu lagi cabaran tarian yang diilhamkan daripada lagu Hajat nyanyian Hael Husaini. Menggunakan hashtag #hajatdancechallange,aksi yang ditampilkan daripada muzik video Hael mula menjadi ikutan para peminat.

Hael atau Hal Husaini Razmi melancarkan single ketiganya itu minggu lalu.Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 itu kini mengungguli carta trending di saluran Youtube sejak beberapa hari lalu.

Terbaru di pentas Big Stage , Dato Siti di panggil oleh Sherry Al hadad untuk menari hajat dance selepas persembahan Hael sebagai duet jemputan. Tidak menghampakan peminat Dato Siti naik ke pentas untuk bersama menari ‘Hajat dance’

Apa kata netizen

Ramai yang mengatakan aksi tok ti dan mak adam sangat comel, Jom tengok tarian mereka di dalam video penuh di hujung artijel ini.

Apa itu rancangan big stage

Program ‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti menampilkan seangkatan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau ‘BBNU’ dalam kalangan penggiat industri seni tanah air.

Seramai 10 bintang ‘BBNU’ yang terdiri daripada lima bintang lelaki dan lima bintang wanita bakal bersaing di pentas utama ‘Big Stage’ selama lapan minggu untuk musim yang pertama.

Uniknya, format penjurian adalah terbahagi kepada dua bahagian yang mana nasib para bintang akan diadili berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online.

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan.

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi aplikasi Tik Tok. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

Lebih hebat, dua ikon muzik tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih dikenali dengan nama ‘Datuk Siti’ dan Faizal Tahir telah dilantik sebagai Juri Tetap ‘Big Stage’ untuk musim yang pertama.

Pemilihan dua nama besar yang berjaya memahat kukuh nama mereka dalam industri seni ini sebagai juri tetap dibuat berdasarkan reputasi dan kecemerlangan sehingga meletakkan mereka di kalangan karyawan seni yang terbaik.

Dalam masa sama, Datuk Siti dan Faizal Tahir juga sering menjadi rujukan dan idola kepada sebilangan besar penggemar muzik bukan sahaja di negara ini malah meliputi seluruh nusantara.

Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.

Penyanyi dan guru vokal profesional yang juga merupakan juara program ‘Duo Star’ terbitan Astro Ria, Ernie Zakri turut diberi mandat sebagai Guru Vokal ‘Big Stage’ bagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para bintang.

Melihat kepada keserasian dan reaksi positif yang diterima menerusi program realiti ‘Rockanova’ terbitan Astro Prima sebelum ini, Astro sekali lagi menggandingkan dua selebriti popular; Alif Satar dan Sherry Al Hadad untuk mengemudi pentas utama ‘Big Stage’ selaku Pengacara.

Manakala pelakon baharu; Eyra Hazali dan finalis Hero Remaja 2017; Harris Annuar pula digandingkan sebagai Pengacara program ‘Live Plus Big Stage’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Juara ‘Big Stage’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

10 BINTANG ‘BIG STAGE’
AFIEQ SYAZWAN, 21, Selangor

ANDI BERNADEE, 27, Sabah
ARIFF BAHRAN, 20, Selangor,
SHAFIQ FARHAIN, 24, Terengganu,
TAJUL, 20, Negeri Sembilan,
BABY SHIMA, 25, Johor,
FARA HEZEL, 22, Selangor,

SARAH SUHAIRI, 18, Selangor,
SISSY IMANN, 22, Kuala Lumpur
WANI KAYRIE, 18, Selangor

Video Penuh di bawah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*