Susulan Cadangan Kerajaan Mansuhkan BR1M, Khairy Cabar Kerajaan Untuk Lakukan Ini

PUTRAJAYA, 3 Dis -- Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika ditemubual di pejabatnya semalam. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Hapus BR1M untuk elak sogokan kepada rakyat – Azmin

Hapus BR1M untuk elak sogokan kepada rakyat - Azmin

IPOH: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin langkah kerajaan mahu menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.

Menurut beliau, kerajaan beranggapan sebarang bentuk sogokan tunai untuk mendapat sokongan politik mesti dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tuntas dalam menegaskan bahawa sebarang bentuk sogokan tunai ini untuk mendapat sokongan politik mesti dihentikan kerana ini mempunyai unsur unsur rasuah.

“Dalam mendapatkan sokongan kepada rakyat saya mempunyai pengalaman di Selangor di mana kita tidak menyogok rakyat dengan bentuk wang tunai tetapi apa yang kita lakukan ialah memberdayakan rakyat melalui program dan dasar demi mensejahterakan rakyat.

“Sebagai contoh bagi peniaga kecil golongan B40, di Selangor kita memberikan bantuan mikrokredit untuk mereka membesarkan perniagaan dengan memberikan dan pinjaman bernilai dari RM 1,000 hingga 50,000 dengan bantuan seumpama ini dapat pastikan mereka memberdayakan ekonomi keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) 2018 negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront, di sini pada Ahad.

Ditanya sama ada BR1M akan digantikan dengan pendekatan lain, Azmin berkata beliau percaya Perdana Menteri sedang merangka inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi Malaysia.

“Perkara ini akan kita bahaskan dalam parlimen Oktober ini yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok dan memperbodohkan rakyat.

Beliau mengulas laporan media semalam yang melaporan BR1M akan mula dikurangkan pemberiannya sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, pentadbiran terdahulu di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan terlalu memanjakan rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada kerajaan.

Ini Respon Khairy Jamaluddin Di Twitter

Pemberian wang tunai (cash transfer) satu polisi yang diamalkan oleh banyak negara lain. Sangat membantu menanggung beban sara hidup bagi golongan pendapatan rendah B40. Kalau pemberian wang tunai itu sogokan, hentikan juga ‘bonus’ & ‘duit raya’ untuk kakitangan awam. Konsisten.

Sumber Twitter Khairy Jamaluddin, Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*