Nabil, Neelofa Dan Penonton Cuak Apabila Maya Karin Muntah Berdarah Ketika Live Meletop!

Skroll ke bawah untuk video penuh

PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof mengesahkan filem Munafik 2 bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 Ogos ini.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 34, berkata, filem menelan belanja RM2.8 juta itu lebih seram selain memaparkan lebih banyak eleman Islamik dan dakwah berbanding Munafik yang ditayangkan pada 2016.

” Filem itu adalah kesinambungan daripada filem Munafik. Kali ini banyak perkara dikupas dan terjawab daripada yang pertama. Apa boleh dikatakan, Munafik 2 bukan filem seram semata-mata.. ” katanya lagi.

Filem terbitan Skop Productions itu menampilkan Syamsul sebagai pelakon utama bersama barisan pelakon hebat lain seperti Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Sekali lagi, lagu tema bagi filem itu dinyanyikan Syamsul bersama Mawi berjudul Kerana Dunia hasil ciptaan Syamsul dan lirik ditulis bersama sepupunya, Anwar Faizal.

Malam tadi, Shamsul, Nasir Bilal Khan dan Maya Karin berkunjung ke set Meletop bagi mempromosikan Filem Munafik 2 ini. Semasa temubual bersama pengacaranya, Nabil Ahmad dan Neelofa, tiba-tiba Maya Karin muntah darah. Kemudian, Maya turun daripada pentas mencari pembantunya.

Semua yang berada di atas pentas dan penonton terkejut dengan situasi yang berlaku. Lebih-lebih lagi Nabil dan Neelofa yang kelihatan sangat cuak kerana perkara ini terjadi secara tiba-tiba.

Rupa-rupanya ianya hanya gimik semata-mata. Gimik ini diminta oleh producer untuk Maya Karin lakukan tanpa pengetahuan semua termasuk Shamsul dan Nasir Bilal Khan yang turut terperanjat. Serius.. hebat lakonan dan gimik Maya Karin. Terkena semuanya..

Rata-rata netizen terkejut dengan aksi Maya Karin muntah darah. Mujurlah hanya lakonan semata-mata. Antara komen-komen netizen di Youtube :

” Ahahahaha repeat banyak kali tgk muka nabil cuak.. “

” Alamak…maya karin ..pndainya die berlakon..serius buat org takut je..mcm btul2 muntah darah smpai nabil pun mmg cuak la muka die..hehehe.. “

” Aku tgok berkali2 sbb suka tgok reaksi sorg2 hahahahaha.. “

” Sapa ulang bnyak kali?? Aku taktau brapa kali punya duk ulang. Comel ja si Maya Karin ni. “PANDAI TAK SAYA BERLAKON” hahaha awak tu memang pandai berlakon pun Maya Karin. Suka tgok diaa. We love you MK.. “

” Aku ingat harini April fool tapi skang ni Dah bulan Ogos. Pandai hang eh Maya Karin , prank orang…mau x cuaknye aku depan TV td tgk part ni…btw tabik spring la Maya , that’s why saya suka lakonan die.. “

” Aduhla!!terkejut betul.please jgn la buat mcm tu nnti klu jadi betul betul…..ya Allah debar berasa.. “

” Comel pulak tngkk muka neelofa terkejut.. “

” Muka Nabil HAHAHAHAHAHAHA Aku duk replay dekat reaksi nabil je haha.. “

Apa-apa pun salute kat Maya Karin. Memang layak dapat anugerah pelakon terbaik. Kesian tengok Nabil dan Neelofa yang cuak tengok Mara Karin muntah darah di pentas Meletop. Semoga Maya Karin terus sukses.

Jom menonton filem Munafik 2, sama-sama kita support filem tempatan. Agak-agak kutipan boleh lawan filem Hantu Kak Limah tak ?

Apa yang berlaku seterusnya, anda boleh tonton video penuh di bawah :

Sumber daripada Berita Kopak via Oh gebang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*