Terkejut Rosyam Nor Hanya Kerana Ayam RM0.88sen Seekor. Rosyam Nor Memohon Maaf Kerana Ini

Siapa yang tidak kenal dengan aktor popular, Datuk Rosyam Nor yang kini telah pun membuka sebuah pasaraya yang dikenali sebagai ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Pasaraya yang beroperasi hampir 24 jam ini menarik perhatian pengguna apabila hampir kesemua barangan dijual dengan harga yang berpatutan.

Terbaru, pasaraya ST Rosyam Mart menawarkan harga betul-betul kaw dengan menjual seekor ayam hanya RM0.80 sahaja.

Bukan sahaja menawarkan harga ayam yang murah, pemilik produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini juga menawarkan potongan harga yang meletop seperti nenas, kway teow dan juga mee dijual dengan harga RM 0.18 sahaja.

Terbaru Datuk Rosyam berkongsi video dimana orang ramai menyerang pasarayanya untuk mendaftar kad ahli secara percuma

Cabaran Rosyam Nor

Bagaimanapun, harapan itu diakuinya agak sukar. “Selain itu harapan utama saya sewaktu membuka pasar raya ini juga adalah untuk mendapatkan 100 peratus pekerja tempatan.

“Bagaimanapun, baru saya tahu perkara itu mustahil sebab tidak mudah, memandangkan saya memerlukan 400 pekerja dalam menggerakkan pasar raya ini selama 24 jam sehari,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan ST Rosyam Mart di Setiawangsa tadi.

Cukup terkejut dengan sambutan yang diberikan, Rosyan tidak teragak-agak untuk memberitahu ketika ini juga dia sedang merancang membuka tiga lagi cawangan ST Rosyam Mart.

“Saya sudah menetapkan tiga lokasi lain, antaranya di Shah Alam, Bangi dan Melaka.

“Mengapa saya memilih tiga lokasi ini adalah kerana kepadatan orang Melayu di kawasan itu. Saya yakin itu adalah lokasi yang strategik untuk ST Rosyam Mart,” katanya panjang lebar.

Selama 36 tahun bergelar sebagai anak seni, ternyata kejayaan dalam bidang peruncitan tidak akan menyebabkan dia lupa akan karier lakonannya.

“Saya tidak akan berhenti berlakon, sebab itu adalah permulaan untuk saya dalam mendapatkan semua ini. Cuma buat masa ini saya akan hadkan sahaja.

“Dalam masa yang saya juga sudah menyiapkan tiga filem dan sedang berbincang untuk satu lagi filem yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi,” katanya.

Rosyam Nor Meminta Maaf

Pengunjung terlalu ramai memang tidak dijangka

Kredit : Kualalumpur Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*