Dia Promosikan Lelaki Ini Jika Pintu Rumah Anda Rosak Dan Lelaki Ini Boleh Baiki Tetapi Cerita Sebenarnya Lelaki Ini Kaki Pecah Rumah

Bila tiba musim perayaan atau musim cuti panjang seperti berlaku dalam 2 minggu ini banyak kes kes pecah rumah akan berlaku. Ianya berlaku tidak kira pada waktu siang atau malam. Kejadian ini amat berbahaya.

LELAKI INI CUBA PECAH RUMAH DI SIANG HARI

Cubaan seorang lelaki memecah masuk ke sebuah rumah di kawasan perumahan Serdang Jaya di sini, gagal apabila berjaya di halang seorang lelaki.

Lelaki yang menggunakan nama Adam Daniel berjaya merakam kejadian itu dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya. Ketika mendekati pencuri itu, Adam sempat bertanya ‚Äúbuat pe tu abang‚ÄĚ kemudian dibalas oleh pencuri itu ‚Äúsedang repair pintu‚ÄĚ.

Rumah yang cuba dimasuki pencuri itu nampak seperti kosong tetapi kejadian seumpama ini sering terjadi di kawasan kejiranan Serdang Jaya mengikut status yang di muat naik Adam hari ini.

Pintu rumah rosak? Boleh contact abang ni untuk repair pintu. Tiba2 dia akan repair pintu anda terutama bila anda tiada di rumah. Tak payah contact, dia akan repair sendiri tanpa disedari. Kalau kenal abang ni tolong kirim salam ye. Tuan rumah cari sebab dia x sempat masuk rumah nak repair tv, gelang emas, barang kemas dan lain2 lagi. Ada siapa2 kenal abang ni x?

p/s- kejadian di Serdang Jaya di rumah kawan saya berdekatan dgn Grand Union.

(peringatan: berhati2 sebab kes pecah rumah dan kereta semakin banyak di Serdang)

SUMBER : RATU SEMBANG

TIPS ELAK RUMAH KENA PECAH

1. Bila Kes Pecah Rumah Sering Berlaku?

Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

2. Bagaimana Mengelakkan Perkara Ini Daripada Berlaku:

Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah. Hentikan penghantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu). Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

3. Tips-Tips Tambahan Bagi Mengelakkan Kejadian Pecah Rumah Berlaku:

Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.¬†Pasang “door viewer” dan penyelak di pintu utama.

Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.¬†Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.¬†ÔÉľ Pasang alat keselamatan tambahan seperti penggera dan CCTV.

Sumber: Portal Rasmi PDRM.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*