‘Nasib Baik Grill Bermangga & Berjaring’ – Anak Ini Melalui Detik Cemas Hampir Jadi Mangsa Culik

Lelaki cuba buka grill rumah

VIDEO DI ATAS SEKADAR HIASAN, SILA BACA ARTIKEL PENUH DIBAWAH

Seorang wanita di Facebook berkongsi detik cemas anak hampir menjadi mangsa culik ketika sedang bermain di dalam rumah. Ketika kejadian, beliau mendengar pintu pagar dibuka namun tidak mengesyaki sebarang kelakuan pelik.

Tidak lama kemudian, dia melihat seorang lelaki warga asing berdiri di depan anak cuba membuka grill rumah.

Posted by Resipi Ummi on Wednesday, September 19, 2018

Rumah saya hampir di samun / Percubaan menculik budak

Lokasi Saujana Impian Kajang Selangor
Jam 12.30pm
18.9.18

Saya berada di rumah bersama anak bongsu berumur 3 tahun. Dalam rumah mmg kecoh la suara anak bermain kan .. saya terdengar bunyi motor agak kuat berhenti di hadapan rumah tapi terlindung. Saya menjenguk tapi tiada sesiapa. Kemudian terdengar bunyi pagar hadapan di buka bunyi kuat (seperti biasa cara anak bujang bukak pagar). Biasanya pagar bermangga mungkin sebab paginya hujan jadi anak cuma selak je. Saya jenguk dari sliding door masih tak ada nampak sesiapa (masa tu fikirkn anak bujang yang balik) . Anak bongsu saya memang biasa sambut anak bujang balik jika dengar pagar di buka.. jadi anak bongsu terus meluru ke pintu (grill memang berkunci). Saya tak dengar anak jerit nama abang dia (kebiasaan dia akan ulang sebut nama) saya rasa pelik dan tengok jam baru pukul 12.30 dan pelik kalau anak saya balik lebih awal. Saya terus menghampiri anak bongsu saya dan melihat seorang lelaki (rupa seperti warga indonesia) memakai helmet biru, bertshirt biru lusuh , berjeans lusuh dan berkasut sport (tak ingat warna) berdiri berhampiran grill rumah dalam percubaan untuk membuka (grill bermangga dan berjaring). Saya terkejut lalu menjerit , sergah kuat dan lelaki tu memang memandang tepat ke muka saya dan terus berlari keluar. Keadaan tu berlaku dalam beberapa saat je.. memang cepat tapi kesan yang menakutkan.

Menggigil seluruh badan

(Sekadar gambar hiasan)

Masa tu Allah je yang tahu, menggigil seluruh badan saya kerana anak saya berada betul-betul di depan lelaki tu (anak saya memang jenis peramah tak takut orang). Saya bersyukur sangat kerana pintu grill bermangga.. cuma pintu kayu saya tak tutup dan selak sebab sedang menunggu anak balik. Pandangan pintu terbuka terlindung dari luar pagar kerana ada ampaian baju terjemur. Dia berlari mengikut laluan tepi tembuk bersebelahan ampaian baju kerana itu saya tidak nampak bila masa dia masuk.

Keadaan pada masa tu agak sibuk sebab waktu puncak orang menghantar anak pergi sekolah. Betapa beraninya dia datang waktu orang/kenderaan lain lalu lalang di luar

Sebelum kejadian tu saya nampak memang ada sebuah van vanette putih tiada tingkap di belakang, parking di seberang hadapan rumah saya telah berada di situ dari jam 11am. No plat tidak nampak kerana pandangan sisi tepi dan saya memang tak berani keluar. Security di sini tidak ketat jadi sesiapa boleh masuk mengikut laluan pagar terbuka untuk menghantar, mengambil anak sekolah dan ada yang mengambil kesempatan parking di kawasan perumahan. Saya memang selalu bimbang akan keselamatan kami kerana setiap hari ada je kereta yang tidak dikenali parking berhampiran rumah kerana menunggu anak keluar dari sekolah. (AJK dan community setempat dah tau dan perkara ni pernah di usulkan)

Selepas saya menjerit van tadi berlalu pergi dan motor dinaiki 2 suspect berlalu pergi. Saya memang trauma untuk keluar amik plat no bimbang hal lain akan berlaku. Semasa report polis di buat.. pihak polis mengatakan van itu agak sukar di kaitkan. Jadi polis fokus kepada lelaki yang menceroboh masuk diperkarangan rumah sahaja.

Polis mengklasifikasikan kejadian ni kemungkinan bertujuan untuk menyamun/percubaan menculik kanak-kanak kerana waktu tengah hari kebiasaan suri rumah yang berada di rumah.

Rumah saya biasa je. Rumah jiran lain lebih nampak mewah tapi orang ni tuju ke rumah yang ada penghuni dan ada kanak-kanak.

Sumber : Azie Ashley Darwish via ohbulan

Artikel berkaitan yang lain…

Boleh Kena Tangkap Kalau Anda ‘Cop Parking’

Kebelakangan ini, cop parkir kereta menjadi satu trend dalam kalangan pemandu di Malaysia. Mereka menghantar seseorang berdiri di petak parkir dan menghalang pemandu lain untuk mengambil petak tersebut.

Namun perbuatan tersebut merupakan salah disisi undang-undang. Menerusi posting seorang pengguna Facebook, En. Sharul, beliau berkongsikan bahawa perbuatan terbabit merupakan satu kesalahan jenayah dan si pelaku boleh dikenakan hukuman.

Boleh digunapakai di mana-mana

 

Sebarkan:

Perbuatan cop petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan JENAYAH dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman yang dikenakan

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk Aduan

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:
1. Whatsapp ke 011-5111 5252 
2. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my 
3. Tel: 03-8886 6412.

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.

(Nota: Untuk makluman, saya telah terlibat di dalam bidang undang-undang selama lebih 20 tahun.)

Sumber: En. Sharul via ohbulan

KREDIT : HALAMAN UMMI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*