Warga Asing Ini Kena Lempang Selepas Kantoi Mengesel Dia Punya Dekat Wanita

Ini bukan kali pertama terjadi, kes kes yang melibatkan gangguan terhadap wanita oleh warga asing sudah terjadi banyak kali. Perkara ini sudah banyak kali menjadi tular samada di media sosial atau suratkhabar.

Mereka (warga asing) seolah olah tidak takut walaupun selalunya modus operandi mereka adalah ketika waktu puncak iaitu waktu pergi dan balik kerja. Mereka seolah olah teransang dengan cara ini. Selalunya mereka tidak akan menggesel sehingga wanita rasa ‘barang’ mereka di belakang tetapi mereka seperti lebih gemar memegang alat mereka bila berdekatan dengan wanita dalam kawasan yang sempit seperti di dalam LRT atau BAS.

‘Mereka meraba, gesel tubuh’

Kes ini dipetik dari sumber Berita Harian dimana kejadian dibawah ini terjadi pada awal tahun 2018.

KUALA LUMPUR: “Saya penat menghalau lelaki warga asing ‘miang’ yang gemar menceroboh koc wanita. Malangnya mereka cukup keras kepala dan degil.”

Ummu Sharik Hamzan Kamar, 23, berkata keadaan itu sering dialami setiap kali setiap kali dia menggunakan khidmat komuter dari stesen KL Sentral ke Seremban, Negeri Sembilan.

“Mereka tidak menghormati pengguna lain, terutama wanita. Ada yang akan beralih ke koc lain sebaik ditegur, namun ada juga yang pura-pura tak dengar,” katanya ketika ditemui.

Penuntut, Fatin Athirah Mohd Zarus, 21, berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu mengambil tindakan bagi mengelak pencerobohan lelaki warga asing ke koc wanita terus berulang.

Beliau berkata. lelaki warga asing itu bukan hanya merampas tempat duduk milik penumpang wanita, malah turut mengambil kesempatan meraba atau sengaja menggesel tubuh pada penumpang wanita.

Sementara itu, Nurul Eyniatasya Mohamed, 21 berkata, perbuatan lelaki warga asing itu menyebabkan ada penumpang warga emas dan wanita hamil terpaksa berdiri.

KTMB memperkenalkan Koc Wanita bagi perkhidmatan tren KTM Komuter pada April 2010, bertujuan memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan pengguna wanita.

Warga Asing Kantoi

Dalam video yang menjadi tular kelihatan warga asing ini berdiri terlalu rapat tetapi wanita di depan tidak sedar kehadiran lelaki ini, munkin kerana wanita ini beranggapan perkara biasa kerana waktu itu memang ramai penumpang kereta api (LRT).

Warga asing ini tidak sedar bahawa perbuatan dia dirakam dan ketika dia cuba turun di stesen dia telah di tahan dan ditanya apa dia telah buat. Warga asing tersebut berkata tidak buat apa apa dan disebabkan itu lelaki yang merakam perbuatan terkutuk warga asing tersebut telah bertindak melempang dia.

Sumber Dari : KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*