Mereka Ketawa Tak Berhenti Apabila Melihat Ikan Yang Dipancing Ini Menghisap Rokok

Baru baru ini tular tentang lelaki menyeksa kucing yang diletakkan dalam mesin dobi. Tindakan lelaki tersebut mendapat kencaman hebat sehingga PDRM masuk campur dan mereka ditangkap kerana menyeksa binatang (kucing).

Kali ini muncul satu rakaman video tetapi kali ini tentang ikan pula. Tempat kejadian dikatakan berlaku di Dungun Terengganu. Ikan ini adalah hasil memancing dan jika dilihat ikan ini disumbat sebatang rokok yang menyala.

Lelaki di dalam video tersebut nampak sangat gembira apabila ikan tersebut menghembus asap rokok. Ini sudah dikira meyeksa binatang walaupun ianya adalah ikan. Perbuatan yang dianggap tidak bermoral ini menerima kecaman hebat netizen dan beranggapan tindakan mereka tidak bijak.

APAKAH HUKUM MENYEKSA HAIWAN?

Di dalam Islam, menyeksa haiwan adalah amat dilarang. Antara justifikasi bentuk-bentuk penyeksaan dan penganiayaan yang dilakukan terhadap binatang ialah:

1. Melagakan binatang

Melagakan atau menyabung binatang mendedahkannya kepada bahaya, kesakitan bahkan boleh mengakibatkan kematian. Perbuatan ini adalah dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Larangan tersebut dinyatakan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang melaga binatang.”

(Hadits riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)

2. Memukul dan menyelar muka binatang

Muka adalah bahagian anggota badan yang lembut. Memukul dan menyelar pada bahagian muka adalah antara bentuk penyeksaan terhadap binatang. Menyelar muka binatang bagi tujuan meletakkan tanda pengenalan binatang ialah menggunakan besi panas yang telah dibakar. Perbuatan demikian sudah tentu mendatangkan kesakitan yang amat sangat, lebih-lebih lagi pada bahagian muka. Dari itu perbuatan ini adalah dilarang.

Sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang memukul dan menyelar muka.”

(Hadits riwayat Muslim)

Muka binatang juga termasuk di dalam larangan ini. Allah Subhanahu wa Ta‘ala melaknat mereka yang menyelar muka binatang. Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Jabir Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan sebuah hadits mengenai perkara ini, katanya:

Maksudnya:

“Bahawasanya telah melintas di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam seekor keldai yang telah diselar pada bahagian mukanya. Maka Baginda bersabda: “Allah melaknat orang yang menyelar (pada bahagian muka) keldai”. (Hadits riwayat Muslim)

Adapun menyelar binatang bukan pada bahagian muka seperti badan binatang itu maka tidaklah diharamkan bahkan harus hukumnya.

3. Mengembiri binatang

Mengembiri binatang yang haram dimakan seperti kucing dan sebagainya adalah dilarang, sama ada binatang itu masih kecil atau pun sudah dewasa. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar
sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah.

Adapun binatang yang halal dimakan seperti kambing, lembu dan seumpamanya adalah haram dikembiri jika binatang tersebut sudah dewasa. Berlainan pula jika binatang yang halal dimakan itu masih kecil, maka harus dikembiri binatang tersebut jika tujuan kembiri itu ialah untuk menggemukkan binatang itu dan mendapatkan daging yang lebih enak.

( P/S : Namun, ada fatwa yang dikeluarkan di Malaysia menyatakan bahawa hukum kembiri kepada kucing atau anjing adalah HARUS )

4. Memisahkan anak daripada ibunya

Perbuatan memisahkan anak binatang yang masih kecil daripada ibunya boleh mendatangkan kesusahan kepada anak binatang tersebut. Ini kerana ia masih perlukan penjagaan dan perlindungan daripada ibunya, sama seperti kita manusia. Oleh sebab itulah perbuatan ini dilarang oleh syara‘.

Hal ini pernah diriwayatkan oleh ‘Abdullah Ibn Mas’ud Radhiallahu ‘anhu mengenai anak burung yang dipisahkan daripada indungnya, beliau berkata:

Maksudnya:

“Adalah kami (kata ayahanda Abdullah) bersama- sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
berangkat kerana suatu keperluan Baginda, maka kami melihat hummarah (sejenis burung), bersamanya dua ekor anaknya, kami pun mengambil dua ekor anak burung itu, maka datanglah hummarah itu mengkebas-kebas kepaknya. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun datang dengan bersabda: “Siapa yang menyakiti (menyusahkan) anak-anak burung ini dengan (memisahkan) dari ibunya? Kembalikan semula anak burung ini kepada ibunya …”

(Hadits riwayat Abu Daud)

5. Mengurung sehingga mati kelaparan

Mengurung binatang tanpa memberinya makanan sehingga dibiarkan mati kelaparan adalah dilarang dan ia boleh menyebabkan seseorang itu masuk neraka, sebagaimana diceritakan dalam suatu peristiwa:

Ertinya:

“Diseksa seorang perempuan (kerana) seekor kucing yang telah dikurungnya sehingga mati kelaparan. Dengan sebab itu masuklah perempuan itu dalam api neraka.”

(Hadits riwayat al-Bukhari )

6. Membakar binatang

Membunuh binatang dengan cara membakarnya sama ada yang boleh dimakan atau tidak adalah dilarang dan berdosa besar. ‘Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan dengan berkata:

Maksudnya:

“Dan Baginda melihat sarang semut yang telah kami bakar. Maka Baginda bersabda: “Siapa membakar ini?” Kami menjawab: “Kami.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya
tidak seharusnya diazab dengan api melainkan oleh Tuhan Pemilik api itu (iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala).”

(Hadits riwayat Abu Daud)

7. Membunuh untuk dipersia-sia

Membunuh binatang dengan tujuan mensia-siakannya dan bukannya untuk dimanfaatkannya adalah satu penganiayaan. Asy- Syarid Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan sebuah hadits mengenai hal ini dengan berkata:

Maksudnya:

“Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang membunuh burung untuk dipersia-sia, ia (burung) mengadu (dengan suara yang kuat) kepada Allah ‘azza wa jalla di hari akhirat, dengan katanya: “Wahai Tuhan! Sesungguh si polan telah membunuhku untuk dipersia-sia dan dia tidak membunuhku untuk tujuan dimanfaatkan.” (Hadits riwayat an-Nasa’ie)

Rujukan Dari: http://kakimotong.blogspot.com/2012/06/apakah-hukum-menyeksa-haiwan.html

Sumber Kredit : KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*