Allahu Kesian Pakcik Ini Nak Makan Pun Susah. Netizen Simpati Dengan Keadaan Pakcik Ini

Sebagai seorang anak bila kita lihat video diatas pasti kita akan rasa sebak dan pilu. Perasaan sedih dan kesian akan muncul. Keadaan lelaki yang boleh dianggap sebagai seorang bapa kita yang keadaan begitu.

Video ini menjadi tular menunjukkan seorang pakcik meminta tolong netizen untuk memberitahu apakah penyakit beliau sehingga nak makan pun susah. Pakcik ini tidak mampu untuk makan kerana setiap kali memegang sudu pasti akan menggeletar atau tersentak. Ini menyukarkan pakcik ini untuk makan. Menurut pakcik ini jika tidak berbuat apa apa dia tidak akan ada apa apa reaksi.

Video yang berdurasi 2 minit 4 saat ini telah mendapat tontonan lebih dari 100k setelah video ini dikongsi ke beberapa group facebook. Wanita yang memuat naik video tersebut dengan niat untuk membantu pakcik ini bernama Noorliyana Sulaiman di Facebook.

Kerana telah cuba banyak kali untuk makan guna sudu tidak boleh. Pakcik ini mengambil straw dan rasanya dia cuba sedut makanan dia guna straw. Tiada video seterusnya selepas itu.

Parkinson

Rata rata netizen memberitahu pakcik ini mengidap penyakit parkinson. Penyakit ini seperti penyakit saraf dan kita tidak dapat mengawal pergerakkan kita sepenuhnya.

Netizen juga ada mencadangkan untuk pakcik ini mengambil ubat yang bernama ‘HEMP OIL’. Ubat ini berasaskan ganja dan hanya perlu titiskan bawah lidah tetapi tidak pasti dimana boleh dibeli. Ubat ini tidak menkhayalkan seperti dadah ganja. Ianya amat berbeza sama sekali kata netizen netizen yang komen.

Salah Seorang Kenal Pakcik Ini

Sekiranya ingin membantu pakcik ini boleh terus menghubungi beliau. Semoga jasa baik sesiapa yang membantu pakcik ini dapat balasan dunia dan akhirat. Insyallah.

Semoga pakcik ini sembuh semula dan berubat. Jangan kita pertikaikan apa yang terjadi dalam video itu sebab mesti ada mulut mulut netizen yang agak celupar bertanyakan mana anak pakcik ini, kenapa tinggalkan ayah mereka keseorang sedangkan tengah sakit. Ada juga yang berkata makanan boleh siap tapi nak makan tak boleh.

Subhanallah, buanglah fikiran negatif dan cuba kita bantu pakcik ini. Sekarang pakcik ini susah kita tolong, mana tahu lain kali kita susah orang lain pula tolong kita. Insyallah.

Sumber Kredit : Kualalumpur Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*