Seorang wanita terjatuhkan topinya dan ratusan orang yang tidak dikenali mula bekerjasama menolongnya

Pada tahun 2017, Houston Astros memenangi Siri Dunia pertama mereka dalam sejarah bola lisut. Peminat berkumpul keseronokan di jalan-jalan di Houston, Texas, untuk meraikan kemenangan besar pasukan mereka. Beratus-ratus ribu peminat bola lisut berdedikasi menyaksikan dan bersorak untuk pasukan mereka.

Beratus-ratus peminat berkumpul di tempat letak kereta bertingkat di pusat bandar Houston untuk mendapatkan pandangan yang baik tentang perarakan pasukan kemenangan di bawah.

Pada satu ketika, seorang wanita di bahagian parkir bertingkat itu telah terjatuhkan topinya tanpa sengaja.

Tanpa sebarang maklumat yang jelas, dikatakan para peminat yang berkumpul itu terdengar jeritan wanita bahawa topinya telah terjatuh ke bawah dan inginkannya kembali.

Lantas peminat yang berada di tingkat bawah mula mendapatkan topi wanita tersebut.

Kini segala tumpuan telah diberikan kepada topi wanita itu, dan sorakan menjadi gemuruh semasa mereka mula melemparkan topi tersebut ke tingkat atas.

Sungguhpun terjatuh dan terlepas beberapa kali namun semangat sorakan dan kerjasama antara peminat ini tidak berputus asa untuk mengembalikan kepada wanita tersebut.

Akhirnya, wanita itu berjaya mendapatkan topinya kembali di tingkat atas.

Anda boleh mendengar sorak-sorai, ketawa dan jeritan dari semua orang bersama-sama menyemarakkan suasana spontan ini.

Bagi mereka ini juga merupakan satu kemenangan!

I Dropped My Hat!

This lady dropped her hat so everyone worked together to get it back to her!

Posted by Newscrusher on Sunday, November 5, 2017

Sumber : Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*