Perkampungan Bangladesh Yang Ramai Tidak Tahu Dan Jumlah Penduduk Memang Ramai

Kita tidak perlu beli tiket kapal terbang untuk ke luar negara kerana rakyat luar negara dah ramai menetap disini siap buat kampung. Keadaan ini memang tidak asing lagi bagi kita terutama apabila tiba musim perayaan. Warga asing seperti Bangladesh, Indonesia, Filipina dan lain lain lagi pasti akan kelihatan di sekitar tempat tumpuan ibu kota apabila semua rakyat pulang ke kampung halaman terutama pada perayaan yang besar seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Cina.

Tetapi tahukah anda bahawa warga asing telah siap buat satu penempatan seperti kampung dan jika anda pergi memang anda akan rasa seperti duduk di negara asing.

Baru baru ini tular di media sosial dimana seorang lelaki merakamkan suasana di sebuah lokasi terletak di Kampung Baru Sungai Buloh. Dalam rakaman tersebut kelihatan ramai warga asing terutama Bangladesh menetap disitu. Kiri kanan depan belakang memang anda akan lihat semuanya Bangladesh.

Kampung Bangladesh

Di kawasan Kampung Baru Sungai Buloh ini warga Bangladesh siap membuka kedai dan pasar. Netizen mula mempersoalkan dimana pihak berkuasa. Sebelum ini memang ada pihak berkuasa membuat pemeriksaan dan ramai antara warga asing ini ditangkap tetapi hari demi hari seperti mereka bertambah. Daripada perakam video tersebut dikatakan jumlah penduduk warga asing mencecah 50 ribu orang. Jumlah ini sekiranya betul memang mengejutkan tetapi rasanya jumlah penduduk yang dikatakan oleh perakam agak tidak berapa sahih.

Mohon pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.

By: KL VIRAL

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*