Tokei Tau Fu Fah Pengotor, Tapi jawapan Uncle ni memang steady

Tokei Tau Fu Fah Pengotor? Menurut brader yg rakam video ni.
Dah masuk 2kali Uncle ni kantoi kutip, basuh, dan guna semula bekas makanan yang telah digunakan pelanggan2 sebelum ini termasuk brader ni tanpa menggunakan sabun..

Uncle ni steady je jawab.
Saya berani makan ( dari bekas makanan tu ) , saya berani jual..

Rakaman video dari seorang pengguna FB Selva Jai Raam di kawasan Sunway Pyramid.

VIDEO:

Tokei Tau Fu Fah Pengotor?Menurut brader yg rakam video ni.Dah masuk 2kali Uncle ni kantoi kutip, basuh, dan guna semula bekas makanan yang telah digunakan pelanggan2 sebelum ini termasuk brader ni tanpa menggunakan sabun..Uncle ni steady je jawab.Saya berani makan ( dari bekas makanan tu ) , saya berani jual..Rakaman video dari seorang pengguna FB Selva Jai Raam di kawasan Sunway Pyramid.

Posted by Papayie Channel on Monday, September 24, 2018

Sebelum ini, perlbagai kes dilaporkan media berkenaan perangai sesetengah peniaga yang tidak bertanggunjawab. Ini termasuk lah kes2 di kedai mamak

Hati-Hati Perangai Peniaga Tidak Bertanggungjawab

PERBUATAN peniaga ini mencelup sayur-sayuran sebelum dijual kepada pembeli mengundang kecaman netizen.

Lebih membimbangkan, perbuatan tidak bertanggungjawab dengan ‘mencuci’ sayur-sayuran menggunakan air yang bertakung di jalanan boleh mengundang pelbagai penyakit.

Kejadia dipercayai berlaku di sebuah pasar malam di Sungai Dua, Rawang.

Restoran Nasi Kandar di Alor Setar Kantoi Uli Roti Canai Atas Penutup Tangki Kumbahan

Boleh dikatakan roti canai adalah makanan kegemaran masyarakat di Malaysia, lebih-lebih lagi ‘roti canai mamak’. Namun, di sebalik kesedapan roti canai yang dinikmati pelanggan rupa-rupanya sebuah restoran nasi kandar ini memproses makanan itu dengan cara yang sangat menjijikkan!

Menurut Harian Metro, sebuah restoran nasi kandar di Jalan Seberang Perak, Alor Setar telah diarahkan tutup serta merta semalam selepas pemeriksaan mengejut pihak berkuasa mendapati roti canai di restoran itu diuli di atas penutup tangki kumbahan! Yeekkkkk.

Operasi Ops Kandar tersebut dijalankan oleh sepasukan penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bersama beberapa agensi berkaitan.

Sumber: Facebook

Ketika tiba di restoran itu kira-kira jam 12 tengah hari, seorang pekerja berusia dalam lingkungan 30an dilihat sedang menguli tepung untuk membuat roti canai sebelum tersentak dengan kehadiran pihak berkuasa.

Pekerja itu dikatakan menguli roti canai di atas penutup tangki kumbahan di belakang premis berkenaan dan adunan kemudian diletakkan di dalam bekas yang kurang bersih. Bukan itu sahaja, selepas diperiksa, minyak untuk menggoreng juga dilaporkan sudah dua hari tidak ditukar.

Ketika memasuki bahagian belakang dapur, keadaan dikatakan agak gelap dan kelihatan menjijikkan dengan lantai dan dinding dibiarkan kotor serta berkulat. Tempat membasuh pinggan pula terletak bersebelahan bahagian memproses ayam.

Sumber: Facebook

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIK, Rosyadah Ramli, pihaknya membuat pemeriksaan mengejut untuk melihat integriti pihak penguasa terutamanya kedai mamak yang banyak mempamerkan ayat-ayat suci al-Quran untuk meyakinkan pelanggan.

“Mereka banyak mempamerkan ayat-ayat suci al-Quran untuk meyakinkan pelanggan bahawa kaedah masak adalah mengikut cara Islam yang sebenar. Tapi bila kita tengok penggunaan dan bahan-bahan mentah dan cara (menjaga aspek) kebersihan di dalam premis, (keadaannya) sangat kotor dan tidak memuaskan.”

Pinggan dan peralatan yang telah digunakan juga dikumpulkan di bahagian belakang restoran berdekatan sampah selain ayam tidak dibasuh dengan bersih dan masih terdapat darah selepas diproses untuk diperap dengan rempah.

Sumber: Facebook

Sumber: Harian Metro

Disebabkan itu, restoran tersebut telah diarahkan ditutup selama 14 hari mulai semalam untuk pembersihan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Dua buah restoran lain di Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Lencong Barat turut diarahkan ditutup dan perlu melakukan pembersihan dan penyucian sebelum penilaian semula dibuat.

Punya lah orang syok enjoy roti canai dengan semua makanan dekat situ, sekali dekat dapur dia menjijikkan! Pengotor!

VIDEO: Berang dihidangkan dengan ayam busuk, tindakan lelaki ini buat pekerja mamak ini bisu

Lain pula kisah yang berlaku ini, lelaki ini ternyata berang selepas dihidangkan dengan ayam busuk. Tindakan beliau yang memaksa pekerja makan ayam busuk tersebut buat semua mereka terkejut. Akibat takut digertak, mereka terpaksa menelan sedikit ayam busuk tersebut

Posted by Viral Terkini on Wednesday, September 5, 2018

Sumber : terbaik Sembang

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*