Gadis Comel Ini Masih Kecil Dan Berhijab. Perlukah Kita Ajar Anak Kita Berhijab Ketika Masih Kecil. Ini Jawapannya

Menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa orang islam untuk mengajar anak-anak perempuan mereka menutup aurat. Dan sebagai ibu bapa, mengajar anak-anak perempuan mereka untuk bertudung adalah merupakan perkara asas untuk mengajar mereka tentang aurat.

Secara asasnya anak-anak kecil masih belum perlu tahu berkenaan mana yang perlu ditutup atau mengapa perlu ditutup, tetapi langkah mengajar anak memakai tudung sejak kecil adalah untuk menjadikan pemakaian tudung sebagai satu kebiasaan dan apabila mereka sudah mumaiz nanti mereka akan lebih mudah faham akan keperluan dan sebab mengapa mereka perlu menutup sebahagian diri mereka.

Tiada cara yang spesifik untuk mengajar anak anda bertudung sejak kecil, tetapi apa yang dikongsikan ini adalah sebahagian cara yang dikongsikan oleh para ibu bapa dan pengalaman saya sendiri sebagai ibu bapa.

Cara 1 : Berikan contoh yang terbaik

Jika kita nak mengajar anak memakai tudung sejak kecil, berikan contoh yang baik kepada mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak akan mudah meniru apa yang ibu bapa mereka lakukan. Ibu perlu memainkan peranan dengan memberikan contoh terbaik untuk anak perempuan mereka.

Ibulah orang pertama yang akan diperhatikan bagaimana seorang wanita bertudung. Dan apabila anak perempuan anda melihat para ibu cantik bertudung pasti naluri anak perempuan itu mahu meniru ibunya yang cantik bertudung.

Cara 2 : Jangan terlalu memaksa

Sentiasa ingat bahawa anak anda masih kecil dan belum memahami kehendak syariat. Jadi, jika ketika anda mahu memperkenalkan tudung kepada tetapi mereka enggan, cuba lain kali, jangan terlalu memaksa. Apa yang lebih penting adalah ibu bapa perlu konsisten untuk memperkenalkan tudung kepada anak mereka. Dan jika anak anda mahu membuka tudung setelah beberapa ketika dipakai, jangan halang kehendak mereka. Biarkan buka tudung tersebut dan cuba lagi lain kali.

Cara 3 : Belikan tudung yang comel

Kita pastinya akan lebih suka memakai pakaian yang cantik-cantik. Anak kita juga tidak terkeculai. Naluri seorang perempuan sememangnya sudah terserlah sejak kecil lagi. Belikan anak anda tudung yang comel, selesa, menarik serta sesuai dengan saiz kepala anak anda. Tudung yang comel akan membuatkan anak anda lebih seronok untuk sentiasa memakai tudung.

Cara 4 : Puji anak anda

Setiap kali anda memakaikan tudung pada anak anda, puji anak anda. Katakan mereka comel ketika memakai tudung. Anak-anak sebenarnya faham yang anda sedang memuji mereka. SUMBER : WIKICARA

Dalil Tentang Kewajipan Menutup Aurat

Tips untuk biasakan anak bertudung

Credit – Adik Aisyah Humaira

Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat. Antaranya saya kongsikan di bawah sebagai peringatan kita bersama. Yelah, kadang-kadang semakin dianjak usia, kita semakin mudah terlupa.

Surah Al-Ahzab, Ayat 59:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah An-Nur, Ayat 31:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;

Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,

Atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Sebagai ibu bapa (terutamanya sebagai seorang bapa), adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keluarga kita faham dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah serta tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang.

Ini terkandung dalam firman Allah di dalam Surah At-Tahrim, ayat ke 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Untuk memudahkan kita menjalankan tanggungjawab memastikan kita dan keluarga kita terselamat dari api neraka, marilah kita mula mendidik anak kita sejak dia masih kecil.

SUMBER : FirdausAzizi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*