Berikut Merupakan Antara Filem Tentang Wanita Paling Beri Inspirasi Dan Motivasi

Adakalanya anda memerlukan hiburan untuk mencari inspirasi, untuk mengatakan apa yang terpendam dalam hati, untuk memberi keyakinan dalam meneruskan kehidupan. Dan hiburan itu dengan menonton filem.

Sama ada kita terinspirasi, bermotivasi atau terhibur dengan watak-watak yang dilakon oleh aktres kegemaran kita tapi percayalah kebetulan atau tidak adakalanya lontaran dialog betul-betul ‘kena’ dengan situasi yang kita hadapi.

Di bawah adalah beberapa filem wanita yang mampu membuka minda kita dengan garapan cerita yang cukup sempurna bahkan membuatkan kita sentiasa yakin dan hargai diri sendiri.

The Help

Dialog dia cukup ringkas “You is smart, you is kind, you is important.” Tapi cukup membuatkan diri kita terasa istimewa dan lebih yakin mengharungi kehidupan. Terbaik!

The Help membuktikan bahawa persahabatan mempunyai kuasa untuk mencetuskan revolusi. Emma Stone sebagai Skeeter, seorang penulis yang menjadi kawan kepada pembantu rumah orang kulit hitam. Bersama-sama, mereka menulis satu buku mengenai perjuangan Afrika-Amerika pada 1960-an yang ketika itu berlakunya perkauman.

Legally Blonde

Kalau nak bicara tentang girl power, Legally Blonde sentiasa mendapat perhatian penulis.

Bercakap tentang ketabahan dan keyakinan, Elle Woods bermula di Harvard Law School sebagai salah seorang pelajar biasa yang dibuli sehingga berjaya menjadi Valedictorian. Dialog yang diucapkan Elle Wood di penghujung cerita memang win – “You must always have faith in yourself”

Dia menunjukkan bahawa kita mesti sentiasa bersemangat untuk apa yang dilakukan dan percaya akan kemampuan diri. Dengan itu, kita boleh menakluk dunia.

Hidden Figures

Kerana warna kulit, kita tertinggal di belakang, kita dipandang serong, dihina, dilayan seperti sampah. Itu yang digambarkan dalam filem Hidden Figures.

Penulis ingin tekankan babak di mana Katherine menjerit kepada boss sebab dia sering tiada di tempat duduk dan ‘hilang’, semua itu kerana dia perlu berjalan jauh semata-mata untuk tandas yang dibuat untuk wanita berwarna dan bagaimana diskriminasi memberi kesan kepada pekerjaannya.

Pretty Woman

Biasalah bila masuk ke butik mahal kita akan dipandang dari atas sehingga bawah kerana merasakan kita tidak mampu.

Penulis cukup suka babak ini di mana Julia Roberts datang kembali ke butik mewah yang awalnya tidak mahu melayan dia hanya kerana lagak dan fessent murahannya. Lain kali jagnan sesekali kita pandang orang sebelah mata kerana mana tahu dia lebih hebat dari pada kita semua. Bila anda layan orang dengan baik, nescaya kebaikan juga yang dibalasnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*