“Saya Khairul, saya duk Semenyih,mai cari saya”-Khas untuk YB Norhizam, ini pesanan Abang Khairul

Ada pihak sengaja tular perbalahan

MELAKA TENGAH – Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang juga Adun kawasan Pengkalan Batu menganggap visual pertengkaran mulut antara beliau dengan penduduk Kampung Bukit Nibong sengaja disebarkan pihak tertentu untuk mengambarkan keburukan dirinya.

Dakwa beliau yang hadir pada jam 8.45 pagi tadi di taman berkenaan, apa yang tersebar di laman sosial menerusi video berkenaan adalah sebahagian dari babak pertengkaran terbabit sementara selebihnya adalah fakta sebenar berhubung penutupan jalan berkenaan yang tidak disebarkan.

“Belum selesai saya berjabat tangan dengan semua yang ada di lokasi kejadian, sekumpulan individu bertubi-tubi menyerang dan menyoal saya dengan soalan-soalan panas. Namun, ia tidak menjadi masalah pada saya untuk menjawab.

“Yang disebarkan hanyalah sisi buruk saya, sisi saya mendengar atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan, tidak mengapalah. Saya terima dan akur kerana saya sedia maklum, itulah sifat sebenar manusia yang lebih terarah menggali keburukan berbanding mengangkat kebaikan,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak mampu menghalang mana-mana pihak untuk tidak menyebarkan video berkenaan yang dipercayai sudah menjadi tular.

“Saya berkhidmat untuk semua masyarakat Dun Pengkalan Batu tanpa mengira apa juga parti politik kerana pada saya ketika ini adalah masa untuk saya bekerja dan bukan untuk berpolitik.

“Apabila dituduh saya bersandiwara dan bermain politik dalam penyelesaian kemelut ini, ia amat mengecewakan saya,” katanya.

Komen penduduk:

Image may contain: 1 person, smiling, text

Belum reda isu perbalahan YB Norhizam ini, muncul pula sebuh video dari seorang lelaki yang mencabar YB ini. Dalam video tersebut, beliau ternyata tidak puas hati dengan cara YB bercakap dengan pak cik yang memakai kopiah putih. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan menjadi pengajaran yang berguna kepada kedua2 belah pihak. Zaman ini semua perkara akan cepat menjadi tular. Oleh itu berhati2 lah bila berkata2.

VIDEO: Buku bertemu ruas
Khas untuk YB Dap Melaka, ini pesanan Abang Khairul
Saya Khairul, saya duk Semenyih,mai cari saya!.

Buku bertemu ruasPesanan khas untuk YB Dap Melaka,Saya Khairul, saya duk Semenyih,mai cari saya!.

Posted by A Ridzuan Ibnu Osman on Tuesday, October 9, 2018

Sumber : Terbaik Sembang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*