Anda Mungkin Tak Pernah Terlintas Di Fikiran Keluarga Ini Kawal Separuh Wang Di Dunia

Keluarga iluminati Rothschild kawal separuh wang di dunia | Jika ada yang bertanya siapa keluarga paling kaya di dunia, nama keluarga Rothschild mungkin tidak pernah terlintas di fikiran anda. Keluarga keturunan Yahudi-Jerman itu memiliki kekayaan antara USD350 billion ke USD500 trillion dari dinasti perbankan yang dibangun dan dikelola keluarga mereka secara turun temurun.

Dinasti perbankan Rothschild dibangunkan lelaki kelahiran Frankfurt, Jerman, Mayer Amschel Bauer. Setelah ayahnya meninggal dunia, tidak hanya meneruskan perniagaan keluarga, Bauer juga menggantikan namanya menjadi Mayer Amschel Rothschild.

Dari generasi ke generasi, keturunan Rothschild dipercayai sebagai keluarga yang paling kaya sepanjang sejarah kehidupan manusia serta mengawal separuh aliran wang dalam dunia pada masa kini.

Setelah lebih dari 230 tahun, keluarga Rothschild akhirnya memiliki hampir semua bank sentral di dunia. Hanya tiga negara di mana bank sentralnya tidak menerima tambahan modal dari dinasti Rothschild iaitu Iran (khabar angin mengatakan ada), Cuba, dan Korea Utara.

Semasa masih hidup, Rothschild bertekad akan mengeluarkan mata wang sendiri dan mengendalikan wang di seluruh negara. Sementara itu, untuk memastikan harta dan kekayaannya Rothschild diwarisi keturunannya sendiri dengan tegas dia mengarahkan anak cucunya harus berkahwin dengan saudara mara mereka sendiri.

Bagaimana kisah Rothschild membangun empayar perbankannya hampir di seluruh dunia? Berikut ulasan singkat keluarga super kaya Rothschild dipetik dari Forbes, Jewish Encyclopedia, Selasa (12/11/2013)

Siapakah pengasas dinasti perbankan Rothschild?

Mayer Amschel Bauer, pengasas dinasti perbankan Rothschild yang lahir pada 1743 di Frankfurt, Jerman. Ayahnya, Amschel Moses bekerja sebagai pengurup wang dan pedagang kain. Ayahnya juga bekerja sebagai pemberi kredit dan pemilik pemberi pinjaman kewangan ketika itu.

Namun Moses bukanlah lelaki kaya walaupun telah bekerja dengan keras dan Prince William dari Hesse menjadi pelanggannya. Setelah kematian ayahnya, dia memutuskan untuk meneruskan perniagaan keluarganya.  Mayer Amschel Bauer juga mengubah namanya menjadi Mayer Amschel Rothschild.

Rothschild banyak mempelajari tentang sistem pinjaman wang dari ayahnya. Dia yang pernah berkerja di sebuah bank itu belajar dengan sangat cepat tentang proses kewangan dan transaksi.

ketika mula berniaga dia mendekati pelanggan ayahnya iaitu Prince William yang merupakan raja di negaranya ketika itu.

Penjualan sutera dan barang antik pada pedagang dan pembeli di negaranya merupakan asas pada kekayaan Rothschild. Pada 1769, Rothschild berjaya mewujudkan berbagai peluang bisnes dan membuatkan dia menjadi kaya raya.

Pada 1770, Rothschild berkahwin dengan Gutle Schnapper dan menerima banyak harta dari ayah mertuanya itu. Dari pernikahannya, pasangan Rothschild memiliki lima anak perempuan dan lima anak lelaki.

Rothschilds

Rothschilds rules the world.

Posted by Sherry L Cassada on Tuesday, October 25, 2016

Hubungan akrab dengan Prince William membuatkan dia sedar bahawa meminjamkan wang kepada pemerintah jauh lebih menguntungkan daripada memberi pinjaman kepada masyarakat biasa. Dengan cara itu dia boleh mengaut keuntungan jauh lebih besar dan pinjamannya itu juga dilindungi insuran negara.

Pada 1790, Rothschild mengeluarkan kenyataan mengejutkan mengatakan dia akan mengendalikan aliran wang di seluruh negara.

“Hanya aku yang boleh mencetak mata wang dan mengendalikan wang di semua negara, dan aku tidak peduli siapa yang menulis undang-undang,” ungkap Mayer Rothschild pada ketika itu.

Terbukti setelah satu tahun, Rothschild berjaya mengendalikan aliran wang di Amerika Serikat (AS) melalui wakil dari kabinet Washington, Alexander Hamilton. pada masa itu, AS mendirikan bank sentral bernama First Bank of the United States.

Bank tersebut dimiliki keluarga Rothschild selama 20 tahun sebagai penanam modal di bank tersebut. Pada 1811, hak Rothschild ke atas pemilikan bank tersebut tamat. Anaknya pun meneruskan perjuangan ayahnya untuk memastikan mereka kembali mengawal aliran wang dan kemudian menubuhkan Second Bank of United States.

Semasa hidupnya, Rothschild juga mengarahkan anak-anaknya untuk mendirikan bank di merata negara lain. Kelima anak lelaki Rothschild diperintahkan untuk membina bank di Frankfurt, Itali, Austria, Perancis dan London.

Lima anak panah dalam genggaman tangan yang menjadi logo semua bank Rothschild merupakan simbol persatuan keluarga Rothschild. Logo itu juga menjadi tanda bangkitnya dinasti perbankan global Rothschild.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*