Kronologi Ringkas Apa Sebenarnya Berlaku Antara Khabib VS McGregor

Perlawanan antara Khabib dan McGregor dalam UFC 229 telah menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan Khabib telah dihina oleh McGregor sebelum perlawanan bermula. Ini kisah penuh. Ada video.

KEEGOAN bintang seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor ditundukkan selepas dia tewas dengan petarung Rusia, Khabib Nurmagomedov dalam kejohanan UFC 229 yang lepas.

Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi ‘submission’ (kuncian) ‘rear naked choke’ pada minit 3.03 pusingan keempat.

Kedua-dua petarung berusia 30 tahun itu memberi saingan hebat antara satu sama lain, meskipun Khabib dilihat lebih mendominasi pertarungan tersebut.

McGregor juga kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga apabila pertarungan dibawa ke ‘ground’.

Pada pusingan keempat, Khabib mencari peluang untuk menghabiskan pertarungan, dan berjaya menjatuhkan McGregor serta membuat kuncian leher dari belakang, seterusnya memaksa petarung Ireland itu menyerah kalah.

Namun, pergaduhan tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor.

Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor.

Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Khabib kini mempunyai rekod kemenangan 27-0.

Bagi McGregor pula, ini merupakan pertarungan MMA pertamanya di Octagon selepas hampir dua tahun tidak beraksi.

Kejohanan UFC 229 ini merupakan kejohanan terbesar dalam sejarah UFC, yang mungkin mampu mencatat kutipan AS$2 juta dalam tontonan ‘pay-per-view’.

Kali terakhir McGregor beraksi dalam UFC adalah ketika menentang Eddie Alvarez pada November 2016.

Pertarungan itu menyaksikan McGregor menundukkan Alvarez pada pusingan kedua menerusi pukulan ‘technical knockout’ (TKO).

Dia seterusnya menjadi petarung UFC pertama yang memegang dua tali pinggang dalam masa yang sama.

Sebelum ini, McGregor pernah bertarung dengan Floyd Mayweather dalam acara tinju professional pada Ogos 2017, namun tewas di tangan petinju Amerika Syarikat tersebut.

McGregor ditewaskan menerusi keputusan TKO pada pusingan ke-10.

Menurut sumber Sinar Harian pula,

Islam nombor satu, sukan nombor dua: Khabib

Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov hanya mampu tunggu dan lihat mengenai masa depannya di UFC.

Ini kerana Suruhanjaya Olahraga Neveda belum lagi menentukan bentuk tindakan bakal dikenakan ke atas ikon sukan tempur campuran (MMA) Dagestan itu.

Apa pun, perkara tersebut tidak menganggu Khabib kerana baginya agama lebih penting berbanding sukan.

Pada Mei lalu, Khabib menolak tawaran kontrak lumayan untuk beraksi di UFC 224 kerana ia bertembung dengan ibadah puasa.

“Bagi saya, agama lebih penting. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan.

“Sepanjang Ramadan saya mahu tumpukan kepada ibadah, itu lebih penting,” katanya.

Khabib ketika ini memegang rekod 27-0 dalam MMA, satu rekod yang jarang dicipta mana-mana atlet sukan tempur.

Beliau meraih tali pinggang Lightweight selepas mengalahkan Al Iaquinta pada aksi UFC 223 di Brooklyn pada April lalu.

Juara dunia sambo dua kali itu mempertahankan gelarannya selepas menjinakkan Conor McGregor pada aksi UFC 229 di Las Vegas, kelmarin. – Agensi

#khabib vs #mcgregor

Kronologi ringkas apa sebenarnya berlaku#khabib vs #mcgregor

Posted by Salam.my on Monday, October 8, 2018

sumber: Astro Awani, Youtube, Facebook Salam.my, Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*