Ramai Menawarkan Ibu Tunggal Anak 4 Ini Rumah Dan Menjadi Isteri Kedua Tapi Kenapa Ditolak Dengan Baik . Ini Jawapan Dari Dia

“SELEPAS kedaifan kami sekeluarga mendapat liputan akhbar, pelbagai pihak menghubungi saya untuk menawarkan rumah dan menjadi isteri kedua,” kata Miss Najwa Lipayang, 31 yang terpaksa tinggal di dalam stor kedai kerana kesempitan hidup.

Najwa berkata, baru-baru ini, seorang individu yang berhati mulia membayarkan wang deposit rumah sewa selama dua bulan di Jalan Bayam untuk mereka tinggal buat sementara waktu.

‘Saya bukan nak cari suami’

“Kami boleh memasuki rumah sewa itu pada bila-bila masa.

“Tetapi dalam tempoh dua bulan itu juga, saya akan cuba mencari rumah sewa lain yang lebih murah mengikut kemampuan kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang lain,” katanya di Kota Bharu, semalam

Menurutnya, ada juga individu yang menawarkannya untuk dijadikan isteri kedua, namun dia menolaknya dengan baik.

“Saya bersyukur kerana ramai pihak prihatin dengan nasib kami sekeluarga, namun saya bukannya mahu meraih simpati dengan mencari calon suami tapi mahukan bantuan ikhlas daripada ihsan yang sanggup membantu kami sekeluarga.

“Selepas bercerai awal tahun ini, tidak pernah terdetik sedikit pun di hati saya untuk berkahwin kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil selain tidak mahu membebankan orang lain,” katanya.

PENGERUSI Yayasan Amal Dato Zul Wisma, Datuk Dr Zulkepli Mohamad (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Miss Najwa Lipayang (duduk tiga kanan) ketika ditemui di stor kedai berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad, Jalan Long Yunus. FOTO Hazira Ahmad Saidi

Terdahulu keluarga ini menerima kunjungan daripada Yayasan Amal Dato Zul Wisma yang diketuai Pengerusinya, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.

Dalam kunjungan itu, pihak yayasan turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kedaifan yang dialami menyebabkan enam beranak ini terpaksa tinggal di dalam stor kedai berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad sejak tiga tahun lalu.

Ibu tunggal berkenaan bersama empat anak yang berusia antara dua hingga 10 tahun dan ibunya, Ruzana Ahmad, 53, menumpang di stor itu atas keizinan penyewa bangunan kedai yang bersimpati dengan kemiskinan mereka sekeluarga.

Stor yang dihuni hanya ada satu ruang dan di situlah tempat mereka tidur dan makan.

Sementara itu, Zulkepli berkata, pihaknya terpanggil untuk mengunjungi dan melihat sendiri kedaifan keluarga ini selepas menerima maklumat daripada liputan akhbar, Facebook (FB) dan WhatsApp.

“Saya dapati keluarga ini dikategorikan sebagai keluarga daif kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang sempurna dan menumpang di stor.

“Insya-Allah, saya akan panjangkan perkara ini kepada pihak sepatutnya yang boleh membantu serta mempertimbangkan bantuan kepada keluarga ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber : Harian Metro

4 beranak tinggal dalam stor dekat tangki najis Laporan : MOJO Sinar Harian Kelantan ADILA SHARINNI WAHID

Posted by Sinar Harian Edisi Kelantan on Tuesday, October 23, 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*