Kerana Trag3di Lion Air JT610, Kerajaan Australia Telah Mengeluarkan Satu Arahan Untuk Semua Pegawai Kerajaan Mereka

Susulan nahas membabitkan pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pagi semalam hingga mengorbankan semua penumpang beserta anak kapal, Australia telah mengeluarkan satu arahan menasihatkan pegawai dan kakitangan kerajaan negara itu untuk tidak menggunakan perkhidmatan pesawat yang sama.

ARAHAN DIKELUARKAN KEPADA PEGAWAI KERAJAAN DAN KONTRAKTOR

“Susulan nahas pesawat Lion Air pada 29 Oktober 2018, pegawai kerajaan Australia dan kontraktor diarah untuk tidak menaiki penerbangan syarikat itu.

.

“Keputusan akan dinilai semula apabila siasatan berhubung kemalangan itu sudah jelas,” menurut kenyataan di laman web Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia.

Dalam kejadian pagi semalam, pengawal trafik udara hilang hubungan dengan penerbangan JT610 Lion Air pada jam 6.33 pagi ini, sejurus pesawat itu berlepas pada 6.20 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Kapal terbang itu, yang membawa dua juruterbang, enam kru dan 181 penumpang termasuk tiga kanak-kanak, terhempas di Laut Jawa, tujuh batu nautika ke utara pantai Tanjung Bungin di Karawang, Jawa Barat. Pasukan mencari dan menyelamat dihantar ke lokasi kejadian namun tiada mangsa yang dilaporkan terselamat.

Antara penumpang ialah pegawai pelbagai kementerian, termasuk Kementerian Kewangan. Difahamkan terdapat 20 pegawai dari kementerian itu berada dalam pesawat untuk perjalanan pulang ke pejabat mereka di Pangkal Pinang selepas menghabiskan masa bersama keluarga atau menghadiri ulang tahun ke-72 Hari Mata Wang di Jakarta hujung minggu lalu.

Pada masa sama, seorang pegawai Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan dan empat dari Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral berada dalam pesawat berkenaan bersama empat orang hakim turut tersenarai sebagai penumpang

SUMBER : Siakap Keli

Operasi mencari bangkai Lion Air diteruskan

Pesawat Lion Air sah terhempas di laut

JAKARTA – INDONESIA. Operasi mengesan bangkai pesawat Lion Air masih berterusan setakat tengah hari ini dengan tumpuan pencarian oleh pasukan penyelam.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata sebanyak 35 penyelam kini melakukan pencarian di perairan Tanjung Karawang, lokasi kapal itu terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 , selepas pesawat itu berlepas jam 6.20 pagi semalam dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

“Kedalaman perairan itu hanya 35 meter, kami mengharapkan dapat segera menemukan bangkai pesawat itu,” katanya.

Operasi pencarian itu turut melibatkan pasukan tentera, polis dan Basarnas yang menggunakan 19 kapal dan tiga helikopter.

Menurut laporan media Indonesia, permukaan berlumpur di perairan itu menyukarkan proses pencarian bangkai pesawat berkenaan.

Sementara itu Ketua Pusat Kedokteran Kesehatan Polis Indonesia (Polri) Brig Jen Dr Arthur Tampi menjelaskan maayat penumpang yang ditemui setakat ini semuanya dalam keadaan tidak sempurna.

“Bukannya 24 j3nazah, mungkin lebih dari itu, yang dihantar ke hospital adalah 24 kantung (bungkusan) j3nazah (berisi anggota-anggota badan). Jenaazah yang ditemui tidak sempurna,” katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa setakat ini telah mendapatkan 80 profil asid deoksiribonukleik (DNA) daripada ahli keluarga penumpang.

“Setakat jam 1 tengah hari ini belum dapat diidentifikasikan lagi jenaazah terbabit, kami akan lakukan secepat mungkin, jenazaah akan diserahkan kepada keluarga mangsa selepas dikenal pasti menerusi ujian DNA ini,” katanya. – Bernama

SUMBER : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*