Nelayan Ceritakan Detik Lion Air Jatuh Dalam Laut Ini Yang Dia Rasa Dan Ia Memang Menakutkan

PADA awal pagi Isnin, dua nelayan, Badi dan Gauk meninggalkan rumah dengan pukat udang menaiki sebuah bot ke perairan utara Indonesia.

Sekitar waktu itu juga, anak kapal dan penumpang sedang mendaftar masuk bagi penerbangan Lion Air JT610, di ibu negara berkenaan.

Sejurus berlepas, pesawat itu terhempas ke dalam laut, 15 kilometer dari perairan tempat dua nelayan itu mencari hasil tangkapan.

Ujar dua pemuda itu, perairan yang sunyi pada hening pagi tiba-tiba bertukar menjadi bingit tatkala pesawat malang berkenaan terjatuh ke permukaan laut.

“Kamu boleh rasai letupan itu” – Nelayan kongsi detik Lion Air jatuh dalam laut

“Kamu boleh merasai letupan dari arus air laut setelah kapal terbang itu terhempas,” ujar Gauk.

Penerbangan itu membawa 189 individu dan berkemungkinan besar tiada seorang pun yang terselamat.

Antara barangan peribadi milik penumpang yang terapung di lautan selepas pesawat berkenaan terhempas.

Jurucakap operasi mencari dan menyelamat, Yusuf Latief berkata, agak mustahil untuk menemui mangsa yang masih hidup.

Penerbangan itu dikemudi juruterbang, Bhavye Suneja, 31, warganegara India yang berasal dari New Delhi.

Dia dan seorang lagi rakyat Itali merupakan warga asing yang barada dalam penerbangan itu.

Juruterbang itu sudah berkhidmat dengan Lion Air sejak 2011 dan sudahpun melengkapkan 6,000 jam penerbangan.

Sekitar 6.20 pagi hari kejadian, Suneja melaporkan masalah teknikal dan meminta kebenaran dari menara kawalan untuk berpatah balik.

Data dari FlightRadar24 menunjukkan terdapat sesuatu yang tidak kena pada pesawat itu setelah dua minit ia berlepas.

Pada waktu itu, ia baru sahaja mencecah ketinggian 610 meter sahaja.

Sementara itu di lapangan terbang Jakarta, waris-waris mangsa terlibat berada di sana dalam keadaan sugul dan menangisi kejadian itu.

Salah seorang penumpang, Deryl Fida Febrianto baru sahaja melangsungkan perkahwinan dua minggu lalu dan menaiki penerbangan itu bagi menyambung tugas atas kapal layar di Pangkal Pinang.

Isterinya, Lutfitani Eka Putri, 23, berkata, suaminya menghantar pesanan mesej terakhir pada 6.12 pagi.

“Apabila saya baca berita, ia sama dengan nombor penerbangan pada tiket yang terpapar dalam foto yang dihantar Deryl.-Reauters.

“Pada waktu itu saya terus menangis,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*