Sebenarnya Ada Sesuatu Keluarga Juruterbang Naahas Lion Air Harapkan Supaya Ia Berlaku

“Hanya maklumkan mahu berpatah balik”- Penyiasat menemui sesuatu yang pelik mengenai tindakan juruterbang Lion Air

PUNCA yang membawa kepada nahas pesawat Lion Air pada Isnin masih lagi menjadi misteri dalam kalangan pihak berkuasa negara Indonesia.

Pesawat keluaran Boeing itu membawa 181 penumpang bersama enam anak kapal dan dua juruterbang sewaktu ia terhempas, dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang.

Menurut badan penyiasat, pengendali pesawat itu membuat permohonan kepada menara kawalan trafik udara untuk kembali ke lapangan terbang, sejurus berlepas.

Pada waktu itu, pesawat baru sahaja terbang sekitar 12 batu (19 kilometer) sahaja.

Apa yang menghairankan, mereka memohon untuk kembali ke lapangan terbang namun tidak mengisytiharkan status kecemasan pada waktu itu.

Data pada radar juga tidak menunjukkan pesawat itu berpatah balik dan ia kehilangan jejak tidak lama selepas permohonan itu.

Bekas inspektor keselamatan Suruhanjaya Pengurusan Penerbangan Amerika Syarikat (AS), David Soucie berkata, perkara itu perlu dilihat secara mendalam.

“Mereka tidak mengisyiharkan kecemasan, ia adalah satu kebimbangan yang perlu diteliti.

“Apa yang pelik kenapa mereka tak isytihar kecemasan, mereka cuma cakap kami akan berpatah balik,” ujarnya.

Pada malam sebelum kejadian, pesawat itu yang digunakan dalam penerbangan dari Denpasar ke Jakarta dilaporkan mengalami kerosakan.

Ia bagaimanapun sudah diperiksa oleh jurutera sebelum dibenarkan beroperasi seperti biasa, dedah Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait kepada pemberita tempatan.

Selain faktor teknikal, mereka juga tidak menolak faktor cuaca sebagai punca kejadian itu.

Namun, ia masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

Malah, kotak hitam pesawat itu masih lagi belum dijumpai. – Edition.CNN.

Nahas Lion Air: Keluarga juruterbang harap keajaiban berlaku

NEW DELHI: Kematian Bhavye Suneja, juruterbang pesawat Lion Air JT610 memberi tamparan hebat kepada keluarganya yang menetap di Mayur Vihar, timur Delhi.

Suneja membesar di Mayur Vihar dan bersekolah di Sekolah Awam Ahlcon di daerah yang sama.

Dia tinggal bersama isterinya di Jakarta, Indonesia manakala ibu bapanya di Delhi.

“Saya harap ada orang membawa khabar gembira bahawa dia masih hidup,” kata ibu saudara Suneja.

Ibu bapa Suneja berlepas ke Jakarta pada petang Isnin manakala beberapa saudara maranya yang lain menunggu di kediaman mereka.

Suneja bersama isterinya.

Bapa saudaranya memberitahu IANS bahawa keluarga Suneja menunggu kepulangannya sempena sambutan Deepavali, sama seperti setiap tahun.

“Dia membesar di rumah ini… Dia pulang untuk Diwali dan keluarganya amat teruja… Ia waktu yang sukar untuk kami dan keluarganya,” katanya.

Jiran Suneja, S. Sen berkata keluarga juruterbang berusia 31 tahun itu amat teruja menanti kepulangannya.

“Keluarganya amat peramah… tetapi ia waktu yang sukar untuk mereka. Ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Pesawat Lion Air JT610 yang diterbangkan Suneja terhempas ke perairan Karawang, Jawa Barat kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin. – www.ndtv.com

Edit By KLViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*