Tauke Jambu Minta Orang Ramai Padam Video Isteri Dia Selepas Bersalin. Ini Sebab Kenapa

Artikel Terdahulu

PELAWAK Tauke Jambu bersyukur apabila isterinya, Nadia selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Serdang pada 8.28 malam, Jumaat.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, berkongsi berita gembira itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan menerusi laman Instagram miliknya.

“Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT… Isteri @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan.

“Di Hospital Serdang tepat 8.28 malam… Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulis Tauke.

Netizen meminta Tauke untuk memadam video bayinya baring di dada isterinya.

Tauke turut memuat naik video wajah bayi sulungnya yang dipeluk isterinya sebaik sahaja selepas proses bersalin.

Sehingga kini, video tersebut sudah lebih 263,000 tontonan dan menerima hampir 1500 komen daripada pengikutnya.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah namun ada juga segelintir netizen meminta Tauke untuk memadam video tersebut yang dilihat menampakkan aurat isterinya.

“Alhamdulillah… Tahniah… Rasanya boleh segera padam video ni. Ibu dan anak sedang bersentuhan. Aurat dan aib isteri kena lindung,” tulis @aien_zubaidah_maslihan.

“Tahniah tapi patutnya suami ni tutup aurat isteri. Tapi ni lagi ditayang aduhai,” kata pemilik akaun bernama @esnacktreats.

Bagaimanapun, ada juga pengikut di laman sosial beranggapan Tauke memuat naik video tersebut sekadar ingin berkongsi kesyukuran.

“Dia muat naik bukan untuk tengok bahagian itu. Abang tu muat naik nak kongsikan detik kesyukuran dia,” komen @shaiful_mizan.

Tauke dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 29, dalam sebuah majlis yang diadakan De’ Laman Event Space pada 9 Disember tahun lalu.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Tauke Jambu Minta Orang Ramai Padam Video Isteri Dia Selepas Bersalin. Ini Sebab Kenapa

PELAWAK Tauke Jambu memohon maaf apabila tindakannya memuat naik video isterinya Nadia selepas melahirkan cahaya mata ketujuh pada Jumaat lalu menerima kecaman netizen.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, berkata, dia tidak menyedari tentang bahagian dada isterinya itu kelihatan dalam video berkenaan berikutan terlalu teruja.

“Salah sahabat yang mulia, maaf sebab terlambat turunkan video isteri bersalin hari itu. Maaf atas ke khilafan diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tauke turut meminta agar orang ramai yang berkongsi video berkenaan di laman sosial masing-masing memadam video tersebut.

Netizen minta video dipadam kerana aurat isteri.

“Nak minta tolong juga kalau ada sesiapa yang kongsi atau repost minta padam juga ya. Terima kasih kepada yang menegur,” ujarnya.

Pada 26 Oktober lalu, Tauke Jambu bersyukur apabila isterinya, Nadia selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Serdang pada 8.28 malam, Jumaat.

Tauke turut memuat naik video wajah bayi sulungnya yang dipeluk isterinya sebaik sahaja selepas proses bersalin.

Sehingga kini, video tersebut sudah lebih 263,000 tontonan dan menerima hampir 1500 komen daripada pengikutnya.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah namun ada juga segelintir netizen meminta Tauke untuk memadam video tersebut yang dilihat menampakkan aurat isterinya.

Tauke dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 29, dalam sebuah majlis yang diadakan De’ Laman Event Space pada 9 Disember tahun lalu.

Pelawak berkenaan mempunyai enam orang cahaya mata hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*