Tidak Pernah Berlaku Sejak Berdekad Lalu, Arab Saudi Kini Di Landa Cua ca Yang Ekstr3m

Arab Saudi mengalami cua ca terbu ruk sejak dua minggu lalu telah mengorbankan seramai 14 orang apabila negara pentadbiran diraja itu dilanda hujan lebat dan ribut petir yang menyaksikan situasi cua ca paling eks trem sejak berdekad lalu, kata pihak berkuasa.

Pasukan Pertahanan Awam menyelamatkan 299 penduduk yang terkandas, termasuk 115 di Makkah. Kebanyakan yang memerlukan bantuan terperangkap dalam kenderaan, di mana 88 berjaya dikeluarkan dan 282 kenderaan ditarik.

Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar dan Meteorologi memberi amaran, cua ca bu ruk berikutnya dengan hujan di seluruh pentadbiran diraja bersama angin dan debu di sesetengah kawasan.

Direktorat Pertahanan Awam berkata, satu daripada kema tian berlaku di Riyadh, empat kes direkodkan di Makkah, dua di Wilayah Timur, satu di Asir, Tabuk (satu), Al-Baha (tiga), Jazan (satu) dan Hail (satu).

Agensi berita Saudi (SPA) seperti dilaporkan laman web Arab News berkata, sejak 19 Oktober lalu, Pusat Arahan dan Bimbingan di Riyadh menerima 423 permohonan bantuan daripada pertahanan awam oleh kerana hujan lebat menjejaskan 13 kawasan di negara berkenaan.

Penolong Setiausaha Kementerian Air, Faisal Al-Subaie berkata, Arab Saudi biasanya menyaksikan ribut petir sederhana dan teruk pada musim ini tahun ini, namun ribut tahun ini amat ganas.

Al-Subaie berkata, beberapa kawasan perbandaran menghantar pasukan untuk mengalirkan air berlebihan dan membersihkan pokok tumbang serta serpihan di jalanan.

Pada masa sama, Pertahanan Awam menggesa rakyat dan penduduk mengambil langkah berhati-hati dan tidak pergi ke kawasan yang berkemungkinan mengalami banjir kilat ketika hujan lebat.

Sumber: http://ciiradio.com Via Ratu Sembang

Ribut petir diramal landa Makkah – meteorologi Saudi

Ribut petir diramal landa Makkah - meteorologi Saudi
Tinjauan pemantauan pergerakan jemaah Haji sekitar Kompleks Jamrat, Mina dan Masjid Al Haram oleh Pasukan Keselamatan Arab Saudi setiap hari menggunakan helikopter pelbagai guna Sikorsky dari udara. –fotoBERNAMA

JEDDAH: Pihak berkuasa meteorologi Arab Saudi meramalkan ribut petir disertai angin kencang melanda wilayah Jazan, Asir, Baha dan Makkah pada Ahad.

Kawasan di tengah dan timur negara itu turut diramal berdepan cua ca bu ruk.

Agensi itu dalam laporannya berkata bahawa pergerakan angin di Laut Merah dari arah utara ke barat adalah berkelajuan 15 hingga 40 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai satu hingga dua meter.

Manakala pergerakan angin di Teluk Arab dari arah utara ke barat daya berkelajuan 15-35 km/jam.

Tahun lalu, hujan lebat selama dua jam menyebabkan banjir kilat yang melumpuhkan bandar kedua terbesar Arab Saudi, Jeddah, sehingga memaksa banyak sekolah dan universiti ditutup.

Pihak berkuasa terpaksa bergelut dengan pelbagai kes kecemasan melibatkan litar pintas dan kecederaan akibat kejutan elektrik.

Pada November 2011, Jeddah dilanda banjir mengakibatkan seramai 123 orang terbunuh dan banyak rumah dan bangunan rosak teruk.

Dua tahun selepas itu, ben cana sama mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 nyawa melayang. – Agensi

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*