Dulu Ligat Menyanyi, Kini Mizz Nina Seronok Habiskan Masa Mengaji & Dalami Al-Quran

Suatu ketika dulu dia antara penyanyi wanita yang amat disegani. Malah begitu berani beraksi dalam setiap persembahannya. Tetapi hidayah Allah datang tanpa diduga dan hari ini Mizz Nina yang kita lihat jauh dari bayangan lama.

Ternyata personalitinya sudah jauh berubah dan menjadi insan lebih istiqomah. Kalau dulu dia banyak habiskan masa dengan menyanyi, tetapi kini rutin hariannya digantikan dengan membaca Al-Quran dan menghadiri kelas mengaji.

Isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini tidak lagi memikirkan dunia seni sebaliknya seronok mempelajari minat barunya iaitu belajar, memahami dan melaksanakan Al-Quran.

Bercakap kepada Mstar Online, Mizz Nina atau nama betulnya Syazrina Azman memberitahu dakwah, kasih sayang untuk manusia dan kemusiaan itu yang memberikan dia ketenangan sebenar serta kepuasan dalam hati.

Mizz Nina berkata begitu ketika menjawab soalan rawak di laman Instagram yang bertanyakan kenapa dia tidak lagi menyanyi.

Dalam temubual terdahulu, Mizz Nina memberitahu pada setiap pagi dia akan membaca Al-Quran dan hujung minggu pula dihabiskan dengan menghadiri kelas mengaji. Amalan ini menjadikan  dirinya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-harinya.

‚ÄúWalaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari,‚ÄĚ tambahnya lagi yang turut ditanya bagaimana dia boleh sentiasa berfikiran positif.

Menurutnya dia Allah, Al-Quran dan Sunnah bersamanya untuk terus kekal bermotivasi biarpun menempuh pelbagai dugaan hidup.

“Mempunyai Allah, Al-Quran dan Sunnah bersama saya merupakan semua yang saya perlukan untuk kekal bermotivasi, kalau dunia menentang saya.

“DIA (Allah) adalah pencipta tujuh syurga dan bumi dan semuanya, tiada yang lain sebelumNya dan selepasNya.

‚ÄúDIA yang memelihara, menyediakan, melindungi, kita, kenapa perlu saya bimbang? Mempunyai iman dan tawakal pada Allah adalah kunci,‚ÄĚ katanya yang mula memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya turut berubah semenjak penghijrahan tersebut.

Malah jika dilihat dalam instagramnya, Mizz Nina juga turut menyampaikan dakwah kepada followernya melalui medium media sosial.

Ada sahaja ilmu yang dikongsi sebagai salah satu cara menyebarkan dakwah dalam dunia digital tanpa sempadan kini.

MIZZ NINA

Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina (lahir 1 Julai 1980) merupakan penyanyi, penulis lagu, pereka fesyen, ahli perniagaan dan usahawan Malaysia.

Beliau adalah salah seorang daripada anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Merupakan satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan ini. Kini telahpun menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Pada 2013, beliau memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudungsebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Setelah lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27 tahun, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31 tahun. Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini. Pasangan pengantin baru ini dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pada pukul 10.20 malam, Jumaat, 1 Julai 2011.

Pada bulan Februari 2013, Mizz Nina mengeluarkan satu single, Around The Worldmenampilkan superstar Korea-Amerika, Jay Park. Single ini telah dihasilkan oleh Cha Cha Malone. Pada 26 Mac 2013, beliau mengeluarkan video muzik untuk Around The World menampilkan Jay Park di saluran YouTube rasmi beliau, mizznina1780. Video muzik telah difilemkan pada bulan Disember 2012 di Korea dengan Jay Park. Single CD untuk Around The World akan diberi percuma kepada pelanggan yang membeli apa sahaja di kedai miliknya MizzDemeanor.

Sumber : Hijabista via Kaki Bola

Wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*